UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Julita@Norjietta Taisin
Title :Sudawil : analisis dari aspek makna
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2014
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif dan fungsi kohesi. Dengan mengaplikasikan pendekatan Teori Analisis Komponen Makna oleh Katz (1972) elemen-elemen sinonim, metafora dan kohesi telah membuktikan bahawa sudawil mampu mengungkap makna yang luas. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rujukan pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini berhasil mengungkap tiga tafsiran makna. Pertama, wujudnya padanan makna perkataanperkataan tertentu dalam ungkapan sudawil. Kedua, penggunaan unsur metafora mampu mewujudkan pelbagai makna untuk mengekalkan interaksi sosial berlandaskan adat dan budaya masyarakat penggunanya. Ketiga, unsur kohesi no mempengaruhi ungkapan wacana bermakna kerana ia memberi penegasan maklumat dengan berkesan. Kombinasi ketiga-tiga elemen tersebut telah membuktikan bahawa sudawil merupakan tradisi lisan yang menyimpan nilai dan norma kehidupan masyarakatnya dan sudawil seharusnya dipertahankan oleh generasi muda sebagai tradisi hidup yang masih bersesuaian pada zaman moden.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.