UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :G Geography (General)
Main Author :Mohmadisa Hashim
Title :Impak hujan dan perubahan guna tanah terhadap luahan dan luahan endapan terampai di lembangan Sungai Kinta
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2014
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pengaruh faktor hujan dan perubahan guna tanah terhadap ciri luahan dan luahan endapan di lembangan Sungai Kinta. Kajian ini menggunakan data hujan, luahan dan luahan endapan terampai dari tahun 1961 hingga 2006 yang diperoleh daripada Jabatan Pengairan dan 8aliran; serta data perubahan guna tanah yang diperoleh daripada Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia untuk tahun 1974, 1984, 1990, 1997 dan 2004. Analisis siri masa digunakan untuk mengkaji trend jangka masa panjang ciri hujan, luahan, luahan endapan terampai dan perubahan guna tanah di lembangan 8ungai Kinta. Analisis deskriptif, korelasi dan ujian Mann-Kendall telah digunakan untuk menilai trend dan perubahan yang berlaku terhadap ciri-ciri tersebut. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan di lembangan Sungai Kinta adalah meningkat dengan purata hujan tahunan daripada tahun 1961-2006 adalah 2741 mm. Ujian Mann-Kendall menunjukkan peningkatan dengan nilai 8=217. Trend air larian juga menunjukkan peningkatan dari tahun 1961-2006 iaitu 1301 mmltahun dengan nilai S=232 tetapi trend hasilan endapan terampai menunjukkan trend yang menurun iaitu 2,417.6 tan/kmvtahun (8=-393). Guna tanah hutan telah berkurangan dari 1350 km2 (1974) kepada 1184 km2 (2004) dengan perubahan relatif sebanyak -12.3 peratus. Perubahan badan air juga berkurangan dari 445 km2 (1974) kepada 417 km2 (2004) dengan nilai -6.3 peratus. Guna tanah terbina pula meningkat dari 111 km2 kepada 244 km2 (+120%) dan guna tanah pertanian 659 km2 kepada 721 km2 (+9.4%) pada tahun xxiii 1974 dan 2004. Nilai P dalam ujian Mann-Kendall menunjukkan trend yang meningkat dan menurun adalah signifikan pada aras keyakinan 99 peratus (P
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.