UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Zakaria Norazimah,
Title :Cerita mitos dalam dua dunia (IR)
Year of Publication :2013
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Cerita mitos adalah cerita dongeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian tertentu seperti kejadian manusia, alam, binatang dan penempatan. Cerita mitos dianggap sebagai sebuah cerita yang benar-benar berlaku pada suatu masa dahulu dan dianggap suci atau sakral atau kudus oleh masyarakat ketika itu. Pada masa sekarang, sudut pandang alam masyarakat sudah berubah. Sebagai sebuah sastera lisan, cerita mitos bukan sahaja memberi unsur hiburan tetapi turut mempunyai unsur pengajaran. Sastera rakyat disebut juga sebagai sastera lisan. Di bawah genre sastera rakyat terdapat cerita mitos yang bersifat universal.Universal dalam konteks kajian ini ialah cerita mitos dilihat bersifat sejagat. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sifat universal iaitu persamaan dan perbezaan dalam cerita mitos yang berlainan budaya. Metodologi kajian ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menggunakan buku cerita mitos Melayu dan buku cerita mitos Cina disamping menggunakan bahan-bahan rujukan sampingan yang lain. Kesimpulannya, kesan kepada kajian ini membolehkan khalayak mengenal pasti wujudnya unsur persamaan dan perbezaan dalam cerita mitos walaupun dalam budaya yang berbeza. Persamaan itu boleh dilihat daripada konteks isi cerita, tema, nilai dan unsur pengajaran yang dibawa oleh pencerita. Perbezaan mungkin boleh dilihat dari aspek kepercayaan yang dianuti oleh dua kaum ini. Perbandingan cerita diharapkan dapat membuka ruang dan minda masyarakat mengenai kepentingan didikan yang disampaikan melalui unsur-unsur pengajaran dalam cerita mitos itu sendiri dan boleh memahami budaya masyarakat dahulu yang amat mementingkan nilai yang baik dalam kehidupan mereka. Unsur kesejagatan ini membawa nilai perpaduan dan menunjukkan dunia Melayu dan Cina saling berkaitan di antara satu sama lain.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)