UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Siti Asma Mohammed
Title :Penilaian amalan pengurusan kualiti maklumat bagi sistem maklumat kesihatan (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2014
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Amalan pengurusan kualiti maklumat (PKM) yang rendah memberi kesan kepada kualiti maklumat yang dihasilkan oleh Sistem Maklumat Kesihatan (SMK) yang seterusnya menjejaskan tahap kualiti penjagaan pesakit. Kajian lepas mendapati pengguna SMK tidak dapat menyelaraskan penggunaan maklumat SMK dengan proses klinikal. Oleh itu, penilaian menyeluruh perlu dilakukan untuk mengkaji permasalahan ini. Namun, kriteria penilaian dalam rangka kerja PKM yang sedia ada masih kurang komprehensif terutamanya untuk SMK. Oleh itu, kajian ini mencadangkan satu rangka kerja penilaian PKM yang lebih sistematik dan holistik. Rangka kerja cadangan ini dibangun berdasarkan kombinasi rangka kerja PKM dan rangka kerja penerimaan sistem maklumat iaitu rangka kerja Prestasi Pengurusan Sistem Maklumat Rutin (Performance of Routine Information Systems Management (PRISM)) dan rangka kerja Manusia, Organisasi dan Teknologi serta penjajarannya (Human, Organization and Technology-fit (HOT-fit)). Kriteria penilaian dicadangkan berdasarkan isu kualiti maklumat berkaitan SMK, rangka kerja penilaian dan amalan terbaik PKM terdahulu bagi sesuatu sistem maklumat, termasuk SMK dan juga amalan terbaik kualiti pengurusan secara amnya. Kaedah penilaian pula diadaptasi dari Badan Pengetahuan Pengurusan Projek (Project Management Body ofKnowledge (PMBOK)). Rangka kerja ini digunakan untuk menilai amalan PKM untuk kajian kes Sistem Maklumat Penjagaan Kritikal di Institut Jantung Negara (UN) menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan isu berkaitan dengan kualiti maklumat SMK yang rendah disebabkan oleh faktor manusia dan organisasi berbanding teknologi. Selain daripada kebolehgunaan sistem, rekabentuk fizikal pangkalan data dan sokongan teknikal, keputusan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan berkaitan kualiti, penglibatan pengguna dalam rekabentuk sistem, proses klinikal, keperluan indikator kualiti maklumat yang jelas, latihan kualiti maklumat dan SMK, pengetahuan dan kemahiran pengguna, budaya, kesedaran, dan pendidikan kualiti maklumat yang mencukupi adalah antara faktor penting yang menyumbang kepada kualiti maklumat kajian kes. Kajian ini menyumbang kepada organisasi penjagaan kesihatan dengan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kualiti maklumat SMK bagi memastikan amalan PKM yang berkesan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)