UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Tip penjimatan air merupakan amalan baik yang seharusnya dilakukan oleh pengguna semasa menggunakan air dalam kehidupan seharian. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kesedaran dan pengamalan tip penjimatan air dalam kalangan pelajar tingkatan enam di SMK Sultan Abdul Aziz. Kajian ini menggunakan borang kaji selidik yang berfokus pada pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar terhadap tip penjimatan air di rumah. Seramai 167 orang pelajar. Analisis kajian yang digunakan adalah deskriptif (frekuensi dan min) dan analisis inferensi (korelasi Pearson). Hasil analisis menunjukkan pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar tingkatan 6 di SMK Sultan Abdul Aziz berada pada tahap sederhana. Manakala bagi analisis korelasi menunjukkan kekerapan mendengar, menonton, melihat atau membaca tip penjimatan air dapat meningkatkan pengetahuan dan mengubah tingkah laku pelajar. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar tidak ditunjukkan menerusi sikap dan tingkah laku. Kesedaran tip penjimatan air sebenarnya dipengaruhi oleh kekerapan pelajar mendengar, menonton, melihat dan membaca yang boleh mengubah tingkah laku. Penggunaan media yang tepat diperlukan untuk meningkatkan pengetahuan dan kekerapan pelajar untuk mendengar, menonton, melihat atau membaca tip penjimatan air untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. |
References |
1. Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research methods in education (6th ed.). London: Routledge Falmer. 2. Hanifah, M., Koh, L., S,. & Saiyidatina Balkhis, N. (2016). Kesedaran terhadap penuaian air hujan dalam kalangan Komuniti Tanjong Malim, Perak. Geografi, 4(1), 35-42. 3. Hanifah, M., Mohamad Suhaily Yusri, C.N., & Shaharudin, I. (2013). Kesedaran pendidikan pembangunan lestari menerusi program sekolah lestari dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Geografi, 1(1), 44-58. 4. Hines, J., Hungerford, H., & Tomera, A. (1987). Analysis and synthesis of research on responsible environmental behaviour: A Meta-analysis. Journal of Environmental Education, 18(2), 1-8. 5. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD). (2012). Laporan Tinjauan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, B10.1: Bekalan Air, B10-17-B10-21. 6. Kadir, A., Jamaluddin, M. J., Ismail, B. & Abd Rahim M. N. (2009). Sistem pengurusan bersepadu: Ke arah kesedaran alam sekitar organisasi di Malaysia. Dalam Mohd Hairy, I. Mohmadisa, H & Nasir, N. (Eds.). Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar Fizikal. (181-201). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. 7. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum. 8. Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). (2011). 30 Tip menjimatkan air di dalam dan di sekitar rumah. Diambil daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/8691-30-cara-menjimatkan-air-di-dalamdan- di-sekitar-rumah.html. 9. Tuan Pah Rokiah S.H., Hamidi, I. & Wahida, A. (2004). Sikap masyarakat terhadap penggunaan bekalan air bersih: pembaziran dan penjimatan. Universiti Utara Malaysia. Sintok, Kedah. Diambil daripada http://repo.uum.edu.my/2316/1/tuan_pah_rokiah_syed_hussain_ (2004)_01.pdf, aksess pada 15 Mei 2015. 10. UNESCAP (2002). Public awareness on water conservation and water efficiency. Diambil daripada http://www.unescap.org/esd/water/conservation/2001/public.asp. 11. Yahya, D. (2006). Psikologi sosial dalam pendidikan. PTS Publication. Batu Caves. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |