UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Fauziah Mohd Sa'ad
Title :Keberkesanan kaunseling kelompok pendekatan pemusatan insan dan pendekatan psikologi kognitif Ad-din ke atas konsep kendiri, kemurungan dan daya tahan remaja hamil luar nikah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2014
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini telah dijalankan bertujuan mengukur kesan rawatan Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan Insan (KKPPI) dan Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din (KKPKAD) ke atas konsep kendiri, kemurungan dan daya tahan remaja hamil luar nikah. Kajian ini melibatkan 55 orang remaja dari tiga buah pusat perlindungan wanita iaitu Raudhatus Sakinah, KEWAJA dan Taman Seri Puteri I Cheras (JKM). Subjek kajian berumur di antara 13 hingga 21 tahun. Soal selidik yang digunakan ialah Multidimensional Self-Concept Scale (MSCS), Beck Depression inventory (BDI) dan Adolescent Resiliency Attitude Scale (ARAS). Nilai kebolehpercayaan alat kajian diukur melalui kaedah Cronbach Alpha koefisien. Kaedah item keseluruhan dan kesahan konstruk digunakan untuk mengukur tahap kesahan alat ujian. Kajian ini menggunakan reka bentuk ujian pra dan ujian pOS. Kaedah quasi eksperimen telah digunakan untuk mengutip data. Subjek telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan; (i) Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan lnsan (n=18) (ii) Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din (n=19) dan (iii) kumpulan kawalan (n=18). Setiap kumpulan rawatan menjalani sesi kaunseling kelompok selama tujuh kali iaitu sekali setiap minggu selama tujuh minggu berturutturut. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, ANOVA, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tukey pada nilai aras kesignifikanan 0.01 dan 0.05.Hasil kajian boleh dirumuskan seperti berikut : (1) lntervensi Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan lnsan dan Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din memberi kesan yang signifikan terhadap semua pemboleh ubah terikat utama iaitu konsep kendiri (KK), daya tahan (DT), kemurungan (K) di kalangan remaja hamilluar nikah di ketiga-tiga lokasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan intervensi Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan lnsan dan Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din memberi kesan meningkatkan konsep kendiri, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan daya tahan remaja hamil luar nikah. (2) Berdasarkan analisis ANOVA dan MANCOVA dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara intervensi Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan Insan (KPKPI) dan Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din (KKPPKAD) ke atas konsep kendiri, kemurungan dan daya tahan. Walau bagaimanapun berdasarkan ukuran min ujian pra dan ujian pos, hasil kajian mendapati KKPPKAD mempunyai bacaan min lebih tinggi berbanding KKPPI. lni adalah kerana KKPPKAD mempunyai dua kekuatan iaitu pada kaedah amalan kerohanian dan kebolehan kaunselor memberi alternatif-alternatif menyelesaikan masalah yang dihadapi klien. Kesimpulannya, Kajian ini membuktikan intervensi KKPPI dan KKPPKAD adalah sesuai untuk digunakan ke atas pelbagai golongan dan peringkat umur. lmplikasi, limitasi dan saranan untuk kajian akan datang turut dibincangkan dalam kajian ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)