UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan pelancong antarabangsa telah berubah dan memberikan manfaat kepada pembangunan pelancongan di negara Islam. Pelancongan Islam sering dikaitkan dengan pelancongan budaya, keagamaan dan spiritual. Sehingga kini, tidak terdapat satu pengertian yang khusus tentang konsep pelancongan Islam. Kepentingan dan keperluan perjalanan dalam Islam ditegaskan dalam beberapa surah Al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan beberapa konsep perjalanan dalam Islam seperti haji, umrah, rihlah, ziyara dan tabligh. Daripada perspektif Islam, konsep pelancongan dilihat dalam spektrum yang lebih luas. Ia adalah suatu ibadah, manifestasi dalam menghayati kebesaran ciptaan Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya. Pelancongan Islam melibatkan tiga komponen utama iaitu ekonomi, kebudayaan dan keagamaan konservatif.Dalam konteks implikasinya kepada Malaysia, penubuhan Pusat Pelancongan Islam pada awal tahun 2010 menjadi platform terbaik dalam memperkasakan pembangunan sektor pelancongan Islam negara. Sorotan konsep dan teoretikal ini diharap menjadi asas dan rujukan berguna untuk pengkajian lanjutan tentang pelbagai isu pelancongan Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |