UPSI Digital Repository (UDRep)

Adakah jenis fon memberi kesan terhadap kebolehbacaan teks bahasa Melayu di laman web?

AVAILABLE Article 2003 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Adakah jenis fon memberi kesan terhadap kebolehbacaan teks bahasa Melayu di laman web?
Type
Article
Main Author
Wahid Rahani, Mohamad Ali Ahmad Zamzuri,
Subject
TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2011

Abstract

Membaca teks dari World Wide Web telah menjadi suatu kebiasaan kini. Ini dapat dilihat dari sudut perubahan kecenderungan pembaca yang lebih berminat terhadap bahan dari internet berbanding media bercetak. Mengambil kira perkembangan ini, adalah penting bagi pereka bentuk instruksi berasaskan web memilih fon yang sesuai bagi meningkatkan tahap kebolehbacaan pelajar, terutamanya bagi blok teks yang panjang. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan fon serif dan san serif kategori percetakan dan kategori paparan komputer dari sudut kebolehbacaan teks Bahasa Melayu di laman web. Bagi tujuan tersebut, empat fon telah dipilih iaitu Georgia (serif) dan Verdana (san serif) bagi kumpulan responden pertama dan Times New Roman ( serif) dan Arial (san serif) bagi kumpulan responden kedua. Georgia dan Verdana adalah fon yang direka khusus untuk pembacaan teks pada paparan komputer manakala Times New Roman dan Arial adalah fon yang direka khusus untuk media bercetak. Ujian pembacaan pada skrin komputer telah dilakukan terhadap 48 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan terhadap kebolehbacaan teks fon serif dan san serif kategori paparan komputer dan kategori percetakan. Namun begitu berdasarkan min skor, fon kategori paparan komputer mempunyai kebolehbacaan yang lebih baik berbanding fon kategori percetakan. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan fon Georgia dan Verdana sebagai pilihan terbaik bagi paparan teks Bahasa Melayu yang panjang serta mempunyai aras kesukaran yang tinggi untuk paparan di laman web. Namun, fon Times New Roman dan Arial tetap boleh digunakan sebagai pilihan alternatif walaupun fon-fon ini adalah dalam kategori fon media bercetak.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.