PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2012
Abstract
Tipainduk dan mitos merupakan unsur sastera yang amat dominan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Kedua-unsur unsur ini penting bagi pengarang kesusasteraan Melayu tradisional dalam penghasilan karya. Kehebatan, keanehan, kesaktian dan keajaiban menjadi inti utama bagi pengarang sebagai strategi memancing perhatian khalayak terhadap karyanya. Sebagai senjatanya, pengarang menggunakan unsur mitos untuk menggambarkan kehebatan watak-watak yang terlibat dalam karyanya. Masyarakat pada ketika ini menganggap sesuatu yang ajaib, ghaib,aneh sebagai sesuatu yang suci dan kudus. Oleh itu pengarang memaksimumkan kepercayaan masyarakat terhadap unsur ini untuk mendapatkan perhatian khayalak akan kewujudan karyanya. Bagi mendapatkan keberkesanan penyampaian mitos ini, pengarang menjadikan tipainduk yang hebat sebagai model untuk mengarang. Tipainduk yang diambil adalah tipainduk yang hebat dalam sesebuah tradisi. Tujuan pengarang menggunakan tipainduk adalah untuk mengangkat martabat dan mengagungkan bangsanya.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.