UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :BF Psychology
ISSN :1985-7918
Main Author :Mohamed Zulkifley, Ibrahim Kamarulzaman,
Title :Pembolehubah pendam teguh dalam model persamaan berstruktur kuasa dua terkecil separa
Year of Publication :2009

Abstract :
Model Persamaan Berstruktur (MPB) secara khususnya sesuai digunakan bagi memodelkan hubungkait antara konstruk bersandar dan tak bersandar berbilang secara serentak. MPB mampu menjawab set persoalan kajian yang berhubungkait secara komprehensif dan sistematik kebiasaannya dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu, MPB berdasarkan anggaran kebolehjadian maksimum (MPB-AKM) dan kuasa dua terkecil separa (MPB-KTS). Bagi membangunkan MPB yang melibatkan konstruk pendam psikologi. Konstruk pendam psikologi perlu dianggarkan. Diketahui daripada beberapa kajian, data psikologi tidak bertaburan secara normal, dan wujud multikolinearan antara pembolehubah penunjuk yang membentuk pembolehubah konstruk tersebut. Dalam kajian ini, didapati bahawa wujud multikolinearan antara pembolehubah penunjuk dalam konstruk psikologi. Pendekatan MPB-AKM mengandaikan data bertaburan secara multivariat normal. Walau bagaimanapun pendekatan MPB-KTS adalah bebas-taburan, di samping tidak memerlukan andaian yang ketat berbanding pendekatan MPB-AKM. Justeru itu, MPB-KTS adalah lebih sesuai digunakan. Walau bagaimanapun, MPB-KTS sensitif terhadap kewujudan data pencilan. Kajian ini menambah baik kaedah penganggaran pembolehubah pendam apabila wujudnya data pencilan dengan menggunakan MPB-KTS melalui penggunaan varians-kovarians teguh.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.