Pemetaan tahap ketersampaian wi-fi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
Type
Article
Main Author
Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Shafiee Mohammad Ameen,
Subject
G Geography (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014
Abstract
Penggunaan ICT berasaskan internet adalah berkait rapat dengan bidang pendidikan dan menjadi keperluan kepada pelajar dan mahasiswa yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda kelas pertama seiring dengan perkembangan dan globalisasi pada masa kini. Artikel ini cuba untuk mengenengahkan kajian yang melibatkan cerapan ketersampaian wi-fi yang dipetakan menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) bagi mengenal pasti kawasan liputan wi-fi khususnya bagi kegunaan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Data yang digunakan adalah data cerapan ketersampaian wi-fi di lokasi yang dikenal pasti menggunakan alatan yang dikenali sebagai wifi analyzer yang dimasukkan dalam telefon bimbit. Data berkenaan seterusnya dimasukkan dalam GIS melalui perisian ArcGIS 9.3. Seterusnya teknik interpolasi kriging digunakan untuk membentuk kawasan liputan yang dibahagikan kepada enam kategori iaitu sangat kuat, kuat, sederhana, sederhana lemah, lemah dan sangat lemah yang ditentukan daripada nilai terbitan wifi analyzer. Dapatan kajian ini menunjukkan yang lebih daripada 80 peratus kawasan mempunyai liputan yang lemah atau sangat lemah. Keadaan ini menunjukkan bahawa pihak universiti perlu melakukan sesuatu untuk menambahkan lagi liputan wi-fi bagi kegunaan pelajarnya.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.