UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :JC Political theory
ISSN :1985-496X
Main Author :Abdullah Rabaah,
Title :Perubahan perlembagaan Thailand dan kesannya terhadap sosiopolitik masyarakat
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Artikel ini menfokuskan tentang perkembangan di Thailand khususnya berkaitan dengan perubahan perlembagaan dan kesannya ke atas masyarakat. Thailand merupakan antara negara yang memiliki paling banyak versi perlembagaan khususnya di rantau Asia Tenggara ini. Perlembagaan Thailand boleh dikategorikan kepada empat versi iaitu pertama(versi ahli politik), kedua (versi tentera), ketiga (versi pra-1972) dan keempat (versi 1997 dinamakan versi Diraja).Kesemua versi perlembagaan ini mengandungi akta yang menyentuh tentang kebebasan dan hak masyarakat Thailand.Kebebasan dan hak masyarakat yang diperkatakan di sini adalah merujuk kepada perubahan yang berkaitan dengan hak sosial masyarakat seperti kebajikan, amalan dan kepercayaan beragama serta hak berpolitik seperti menubuhkan parti, persatuan, dan keterlibatan sebagai anggota kabinet. Secara umumnya, amalan prinsip demokrasi dan keadilan sosial hampir tidak diamalkan secara berkesan terutamanya ketika Thailand berada di bawah pemerintahan tentera walaupun terdapat akta berkenaan dalam perlembagaan sama ada versi tentera dan versi politik. Namun dengan kebangkitan gerakan pelajar universiti pada tahun 1974, keadaan ini mula berubah. Perjuangan menegakkan amalan demokrasi oleh pelajar universiti melalui persatuan National Student Center of Thailand berjaya memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat Thailand. Penggubalan Perlembagaan 1974 di bawah kerajaan awam, memberi peluang yang luas kepada masyarakat umum untuk menubuhkan parti politik dan kesatuan sekerja yang mewakili golongan buruh dan petani.

References

1. Bangkok Post. 1973. 2. Bangkok Post. 1974. 3. Bangkok Post. Draf Perlembagaan Negara Thailand 1974. 28 Februari 1974. 4. Kobkua Suwannathat-Pian. (2003). King Country and Constitutions. London: Routledge. 5. Kramol Thongthammachat. (1981). Evolution of the Thai constitutional regime, 2nd edt, Bangkok: Duangdee Press. 6. Perlembagaan Thailand 1932.Thailand: Bangkok. 7. Perlembagaan Thailand 1946. Thailand: Bangkok. 8. Perlembagaan Thailand 1949.Thailand: Bangkok. 9. Perlembagaan Thailand 1968.Thailand: Bangkok. 10. Perlembagaan Thailand 1972.Thailand: Bangkok. 11. Perlembagaan Kerajaan Thai Edisi Bahasa Melayu Tulisan Jawi 1997. Thailand: Bangkok. 12. Pinai Nanakorn. (1999). ‘History and evolution of constitutions in Thailand: from the abrogation of the absolute monarchy to the “political reform”. Thailand: Administrative Law Journal by Office of the Council of State. 13. Temubual dengan Dr. Seksan Prasertkul pada 16 September 2008. 14. Temubual dengan Giles Ji Ungpakorn pada 17 September 2008. 15. Temubual dengan Prof. Thanet Apornsuvan pada 7 Januari 2009.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.