UPSI Digital Repository (UDRep)

Sosialisasi melalui kurikulum tersembunyi di sebuah sekolah dalam membentuk tingkah laku pelajar

AVAILABLE Thesis 2859 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Sosialisasi melalui kurikulum tersembunyi di sebuah sekolah dalam membentuk tingkah laku pelajar
Type
Thesis
Main Author
Shanbagavalli Nadaraj
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat peraturan-peraturan sekolah sebagai satu aspek kurikulum tersembunyi yang terdapat dalam sistem persekolahan. Kajian ini mengenal pasti peraturan-peraturan yang diamalkan di sekolah, meneroka pandangan pelajar tentang peraturan-peraturan yang diamalkan dan meneroka irnplikasi kurikulum tersernbunyi rnelalui peraturan-peraturan sekolah dalam pernbentukan tingkah laku pelajar. Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan. Teknik-teknik pengumpulan data adalah melalui analisis dokumen, pernerhatian dan ternu bual. Persampelan bertujuan digunakan untuk termubual. Senarai semak digunakan bagi mengukuhkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati peraturan-peraturan sekolah memperlihatkan unsur-unsur kurikulum tersembunyi wujud dan membantu dalam proses sosialisasi pelajar. Kajian ini juga menunjukkan keberkesanan sekolah sebagai agen sosialisasi yang penting dalam pemupukan tingkah laku sepanjang tempoh persekolahan. Di samping itu, pengalaman sosialisasi pelajar melalui kurikulum tersembunyi penting kerana penerapan nilai-nilai sosial dan tingkah laku yang baik memberi kesan kepada kehidupan masa depan pelajar-pelajar. Ia juga menunjukkan sistem pendidikan melaksanakan fungsi integratif dan regulatif dengan cara menyerapkan nilai-nilai dan norma norma melalui kurikulum tersembunyi dalam peraturan-peraturan sekolah. Dirumuskan bahawa sistem pembelajaran yang sempurna yang memberi penekanan kepada kurikulum tersembunyi dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah dan guru memainkan peranan dalam pelaksanaan kurikulum tersembunyi secara berkesan dan memastikan setiap pelajar mematuhi setiap peraturan sekolah yang ditetapkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.