UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
ISSN :2232-0393
Main Author :Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Mansor Rosnidar, Mohamed Hashim Abdul Talib, Wong Kung Teck,
Title :Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains
Year of Publication :2015

Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains yang dijalankan di sekolah menengah. Penilaian dilihat dari aspek konteks, input, proses dan produk serta hubungannya dengan pengalaman mengajar guru. Kebaikan, kelemahan, cabaran dan cadangan guru sains dalam merealisasikan PBS juga telah dikenal pasti. Kajian ini melibatkan 112 orang guru yang mengajar sains dari 21 buah sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan soalan temu bual sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta analisis korelasi Pearson telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tahap dimensi konteks, input dan produk berada pada tahap sederhana manakala tahap dimensi proses berada pada tahap tinggi. Hipotesis kajian diterima di mana tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap dimensi konteks, input, proses dan produk dalam pelaksanaan PBS dengan pengalaman mengajar guru. Analisis temu bual pula mendapati responden bersetuju bahawa PBS mempunyai kebaikan dan ianya seiiring dengan hasrat negara untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia. Namun, mereka sependapat menyatakan terdapat beberapa kelemahan PBS namun ia boleh diselesaikan dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh reponden. Kesimpulannya, kajian ini memberi sumbangan baru kepada guru sains di Malaysia untuk memperbaiki pelaksanaan PBS dengan cara yang lebih menyeluruh.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.