UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
Main Author :Ramli Zuliskandar, Nik Abdul Rahman Nik Hassan Shuhaimi, Sauman Yunus, Jusoh Adnan,
Title :Penyelidikan arkeometri di negeri Pahang
Year of Publication :2014

Abstract :
Arkeometri merupakan satu bidang yang sudah bermula sejak abad ke-18 Masihi lagi dan bidang ini sentiasa menyokong bidang arkeologi dalam menginterpretasikan data yang diperoleh daripada penyelidikan arkeologi dengan lebih meluas dan saintifik. Arkeometri atau dalam perkataan ringkasnya arkeologi sains merujuk kepada satu bidang yang mengaplikasikan pendekatan sains dalam mengkaji apa jua jumpaan yang ditemui semasa ekskavasi dijalankan serta kajian yang melibatkan perubahan geomorfologi persekitaran kawasan tapak yang dikaji. Peranan sains dalam penyelidikan arkeologi mula meningkat dan digunakan secara meluas selepas tahun 1950-an dengan kemunculan kaedah pentarikhan mutlak iaitu analisis C14 yang diperkenalkan oleh F.W. Libby dalam tahun 1949. Pada awalnya bidang arkeometri ini hanya terhad kepada aplikasi yang melibatkan pentarikhan kronometrik sahaja tetapi hari ini bidang ini telah meluas pendekatan daripada aplikasi sains tulen, geologi, DNA hingga ke aplikasi kejuruteraan. Aplikasi sains atau penyelidikan arkeometri di negeri Pahang telah mula dipelopori oleh Linehan pada tahun 1951 di mana pada waktu itu, beliau telah menganalisis gendang gangsa yang ditemui di Sungai Tembeling dan juga di Bukit Kuda, Klang Selangor. Tujuan utama Linehan menjalankan kajian adalah untuk melihat perkaitan antara gendang gangsa dan artifak besi yang dijumpai di sekitar Semenanjung Tanah Melayu pada ketika itu. Loewenstein pada tahun 1956 telah menjalankan beberapa analisis terhadap artifak logam di Pahang iaitu alat gangsa dari Bukit Jong, Tembeling, Pahang serta serpihan serpihan loceng dari Klang dan Tembeling serta kapak logam dari Keneboi, Negeri Sembilan dan Sungai Jenera di Hulu Kelantan. Pada tahun 1966, Dunn telah menghasilkan pentarikhan tapak secara kronometrik di Gua Kechil manakala pengunaan pentarikhan termoluminesen telah dijalankan ke atas tapak Kota Tongkat, Kota Gelanggi, Jerantut serta di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang. Analisis komposisi tembikar tanah yang dijumpai di Gua Angin, Kota Gelanggi juga menghasilkan data yang sangat menarik di mana data dengan jelas menunjukkan adanya jalinan sistem perdagangan antarabangsa yang sampai hingga ke kawasan pedalaman iaitu di Kompleks Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.