UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Hubungan dagang antara negara adalah amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan ini seharusnya benar biarpun negara-negara terlibat berbeza ideologi. Artikel ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan antara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2013 yang diambil dari sumber-sumber yang berautoriti. Menggunakan kaedah penganggaran Vektor Autoregrasi (VAR) yang terpiawai, kajian ini mengaplikasikan ujian integrasi, ujian ko-integrasi, dan ujian penyebab Granger dalam bentuk Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan keseimbangan jangka panjang antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm), dan juga jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Dari aspek hubungan penyebab Granger jangka pendek pula didapati pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pertumbuhan jumlah import Malaysia dari China adalah dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi negara China. Di samping itu, pertumbuhan jumlah eksport Malaysia ke China hanya dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi Malaysia dan ianya menyokong hipotesis eksport berpuncakan pertumbuhan (GLE). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |