UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :DS Asia
ISSN :1985 - 496X
Main Author :Ariffin Khairi, Kamaruddin Mohd Kamal, Jusoh Adnan,
Title :Perbandingan pendidikan Cina dan pendidikan India era British di Tanah Melayu
Year of Publication :2014

Abstract :
Pendidikan Cina dan Pendidikan India secara beransur-ansur berkembang pada zaman kolonial British di Tanah Melayu seiring dengan berlakunya perkembangan ekonomi. Pertambahan bilangan penduduk Cina dan India di Tanah Melayu menyebabkan aspek pendidikan untuk anak masyarakat Cina dan India sebagai satu keperluan selaras dengan apa yang berlaku di negara asal mereka masing-masing. Kajian penulisan ini dilakukan dengan merujuk dan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Dasar kolonial British terhadap pendidikan Cina dan India adalah tidak seimbang dan pihak kolonial British memberi layanan lebih baik bagi pendidikan India berbanding dengan pendidikan Cina. Pendidikan India berkembang di estet dengan pihak majikan telah diminta oleh kerajaan kolonial British menyediakan kemudahan pendidikan bagi masyarakat India yang tinggal di estet berkenaan. Pendidikan Cina pula berkembang di petempatan masyarakat Cina di bandar, namun pihak kolonial British tidak memberi bantuan dan menyediakan kemudahan pendidikan, sebaliknya pendidikan sekolah Cina dibiayai komuniti mereka sendiri. Secara keseluruhannya, Pendidikan Cina dan pendidikan India tidak mendapat bantuan dan layanan yang sama daripada pihak kolonial British ini berterusan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.