UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini bertujuan meninjau kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan di politeknik daripada perspektif majikan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Untuk mengumpul data, satu set protokol temu bual telah dibina berdasarkan objektif kajian dan tinjauan literatur. Sebanyak sepuluh elemen kemahiran employabiliti yang telah dikenal pasti antaranya kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, etika dan moral, kerohanian, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, menggunakan teknologi, keusahawanan dan kemahiran sosial. Seramai sembilan orang majikan di sekitar Lembah Klang, Kota Bharu dan Ipoh telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Majikan percaya bahawa kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan politeknik harus dipertingkatkan. Data temu bual menunjukkan majikan tidak begitu berpuas hati terhadap penguasaan kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan politeknik terutamanya daripada aspek komunikasi, kepimpinan, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, penggunaan teknologi dan keusahawanan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |