UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) merupakan satu instrumen pasaran modal yang berlandaskan syariah. Kewujudan I-REIT memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam bidang hartanah. Al-Hadharah Boustead REIT yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan satu-satunya instrumen Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) yang berasaskan perladangan kelapa sawit di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip syariah yang diguna pakai oleh Al-Hadharah Boustead REIT serta sumbangannya dalam industri sawit negara. Dapatan kajian menunjukkan Al-Hadharah Boustead REIT menggunakan prinsip al-musyārakah, Al-wakālah, Al-Ujr dan harta musyā dalam aktiviti pelaburannya. Di samping itu, penguasaan pemilikan Al-Hadharah Boustead REIT dalam industri sawit negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kajian. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |