Pertentangan keluarga dalam novel terpilih Fatimah Busu
Type
Article
Main Author
M. Zubir Siti Khariah, Ismail Nor Hasimah,
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN
1985 - 496X
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2014
Degree Type
Others
Abstract
Pertentangan merupakan suatu situasi tidak sehaluan antara dua pihak yang kadangkala menimbulkan kontroversi yang berlarutan. Pertentangan juga mampu mewujudkan kerengganan yang tidak berkesudahan kerana masing-masing ingin memenangi sesuatu keadaan. Pertentangan wujud apabila satu pihak dengan keinginan berlainan percaya bahawa lawan akan bertindak menentang mereka, dan satu pihak akan membuat tingkahlaku yang memudharatkan pihak lawannya. Pertentangan biasanya bermaksud perselisihan, namun boleh juga diertikan sebagai perbalahan. Sungguhpun pertentangan sering dilihat sebagai negatif, dalam keadaan tertentu, is mampu membawa hasil yang baik. Dalam kajian ini, analysis dilakukan terhadap pertentangan keluarga yang terdapat dalam empat buah novel Fatimah Busu. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua, iaitu mengenalpasti isuisu pertentangan dan menganalisis isu pertentangan keluarga dengan menggunakan pendekatan psikologi Islam Al-Ghazali. Hasil kajian menunjukkan isu pertentangan keluarga boleh dijadikan contoh dan teladan yang berguna kepada pembaca dalam menjalani kehidupan seharian.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.