UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Pertelingkahan adalah perkara yang dilarang oleh agama kerana menyebabkan berlakunya permusuhan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Pihak-pihak ini akan berbalah sesama mereka. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pertelingkahan antara kawan terdapat dalam novel karya Fatimah Busu. Kajian ini akan menggunakan Pendekatan Psikologi Islam Al-Ghazali untuk menganalisis. Objektif kajian ini ialah menghuraikan isu-isu dan menganalisis pertelingkahan dengan kawankawan dalam novel Fatimah Busu. Kajian ini dijalankan untuk menjadi contoh dan teladan kepada pembaca dalam memilih kawan. Kebiasaannya, kawan adalah tempat untuk berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah dan harapan. Pemilihan kawan yang tepat adalah perlu kerana kawan dapat mempengaruhi nilai, emosi dan cara pergaulan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |