UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :HT Communities. Classes. Races
ISSN :1985-496X
Main Author :Samuni Norcikeyonn, Kanyo Nor-Ina,
Title :Tahap pengetahuan pelajar IPTA terhadap isu jenayah pemerdagangan orang : satu dapatan awal di Universiti Malaysia Sabah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Isu jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan antara ancaman keselamatan utama yang melanda masyarakat di kebanyakan negara-negara di dunia. Jenayah ini telah berlaku sejak berabad lampau melalui konsep hamba abdi yang telah diamalkan. Maruah dan hak kebebasan mangsa diperdagangkan tanpa nilai kemanusiaan. Dunia perlu berdepan permasalahan ini, penyelesaian perlu dirangka dan diperkasa bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang secara holistik. Jenayah pemerdagangan manusia yang serius boleh menjejaskan imej negara terutama dari aspek keselamatan dan pihak kerajaan komited dalam usaha menanganinya. Walau bagaimanapun, pengetahuan dan pemahaman masyarakat masih lagi rendah terhadap isu yang melibatkan jenayah pemerdagangan orang adalah menjadi permasalahan bagi memperkukuhkan tindakan membasmi jenayah ini. Oleh hal yang demikian, artikel ini cuba mengenalpasti sejauhmana tahap pengetahuan khususnya bagi golongan akademik yang terdiri daripada pelajar yang menuntut ilmu di peringkat institusi pengajian tinggi awam mengenai isu jenayah pemerdagangan manusia. Warga kampus terutamanya golongan pelajar IPTA adalah antara peneraju legasi tamadun masa kini dan pelbagai pendedahan ilmu berkaitan isu semasa sosial telah giat disumbat dalam minda generasi ini. Namun demikian, adakah golongan akademik ini mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap isu jenayah pemerdagangan manusia?, seiring dengan tahap pendidikan tinggi khususnya dalam aspek undang-undang dan penguatkuasaan jenayah pemerdagangan manusia. Justeru itu, artikel ini akan menjelaskan secara terperinci tahap pengetahuan pelajar IPTA (UMS) mengenai isu jenayah pemerdagangan manusia sebagai satu dapatan awal di peringkat dunia kampus.

References

1. Bernama. 2010a. Pemerdagangan orang, sumber keuntungan ketiga terbesar jenayah terancang antarabangsa. 20 Julai. 2. Bernama. 2011a. Malaysia bertungkus-lumus menghapuskan kes pemerdagangan manusia. 30 Mac. 3. Bernama. 2011b. Proses Bali tuntut peserta bekerjasama tangani jenayah pemerdagangan orang. 30 Mac. 4. Kedutaan Amerika Syarikat. (2011). Pemerdagangan Manusia (TIP). (2011). Diperoleh daripada http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/root/pdfs/tip2011_msia_bahasa.pdf pada 05 Januari 2014. 5. Kedutaan Amerika Syarikat (2013a). Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP). (2012). Diperoleh daripada http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/report/_tip_msia-june2012.html pada 05 Januari 2015. 6. Kedutaan Amerika Syarikat (2013b). Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP). (2013). Diperoleh daripada http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/report_tip2013.html pada 05 Januari 2015. 7. Kementerian Dalam Negeri. (2012). Diperoleh daripada http://portal.ikdn.gov.my/2012/03/kenyataan-media-27- pelancaran-kempen-kesedaran-antipemerdagangan-orang-peringkat-negeri-terengganu-29-mac-2012/ pada 09 Februari 2015. 8. Kementerian Dalam Negeri Sabah. (2012). Diperoleh daripada http://www.sabah.gov.my/press/docs/2012001878.htm pada 06 Februari 2014. 9. Kementerian Dalam Negeri. (2012). Diperoleh daripada http://portal.ikdn.gov.my/2012/03/kenyataan-media-27- pelancaran-kempen-kesedaran-antipemerdagangan-orang-peringkat-negeri-terengganu-29-mac-2012/ pada 15 Februari 2015. 10. Kementerian Dalam Negeri (2013). Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Diperoleh daripada http://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumat-perkhidmatan/2012-08-15-01-17-06/jenislesen/ 125-maklumat-korporat/maklumat-bahagian/sekretariat-majlis-antipemerdagangan-orang-danantipenyeludupan- migran/akta-antipemerdagangan-orang-dan-antipenyeludupan-migran-2007 pada 06 September 2013. 11. Kementerian Dalam Negeri. (2013). Diperoleh daripada http://portal.ikdn.gov.my/2013/11/kenyataan-mediatimbalan- menteri-dalam-negeri-pelancaran-prosedur-standard-operasi-sop-agensi-agensi-penguatkuasaandi- bawah-akta-antipemerdagangan-orang-dan-antipenyeludupan-migran-atipsom-200/ pada 15 Februari 2015. 12. Kementerian Dalam Negeri. (2014). Diperoleh daripada http://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumatkorporat/ maklumat-bahagian/bahagian-antarabangsa pada 15 Februari 2015. 13. New Sabah Times (2013, 25 Mei). Empat Kawasan Dikenalpasti Destinasi Pemerdagangan Orang di Sabah: Jenifer. 14. Norcikeyonn. S, Nor-Ina. K. (2013). Usaha Malaysia Dalam Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang: Satu Tinjauan. International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 62-74. 15. Norcikeyonn. S, Nor-Ina. K. (2014a). Pembauran Maklumat Isu Jenayah Pemerdagangan Orang: Satu Penemuan Awal Di Sabah. Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014: Kelestarian Insan Menjana Transformasi Pembangunan Negara Isu, Cabaran dan Masa Depan. Kenegaraan Hubungan Etnik Komuniti. Jilid 2. 9-10 April 2014. Johor, Batu Pahat. 16. Norcikeyonn. S, Nor-Ina. K.. (2014b). Isu Jenayah Pemerdagangan Orang Di Zon Maritim Sabah : Cabaran Agensi Penguatkuasaan. Satu Penelitian. 1st International Maritime Conference 2014 (IMC2014). Uplifting Maritime Agenda For Togetherness In Harmony. 21 Oktober 2014. Kampus Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah. 17. Sinar Harian. 2013. Pemerdagangan Orang: Kedudukan Malaysia Masih Sama. 25 Jun. 18. SUHAKAM. (2011). Hak Asasi Manusia. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/95881014/SUHAKAM- 2011 pada 08 Februari 2014. 19. Utusan Melayu. Dilema Pemerdagangan Manusia. 01 September 2009.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)