UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Khuluk merupakan salah satu bentuk perpisahan yang berlaku antara suami isteri. Namun, para ulama berbeza pendapat sama ada khuluk dalam kategori talak ataupun fasakh. Mereka juga berbeza pendapat dalam menentukan sebab keharusan yang membawa kepada khuluk. Artikel ini membentangkan hasil kajian kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dari tahun 2011-2013. Kaedah analisis data telah dipilih sebagai metode kajian. Di antara objektif kajian ialah menganalisis konsep khuluk berdasarkan pandangan fuqaha, menganalisis alasan-alasan khuluk yang boleh diterima pakai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian secara khuluk berdasarkan kes-kes pada tahun 2011-2013 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor berlaku khuluk di Mahkamah iaitu wujudnya shiqaq (pergaduhan), tidak dikurniakan anak, isteri ingkar perintah, suami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap pasangan. Jumlah tebusan khuluk yang paling tinggi dalam tahun 2011-2013 ialah RM30, 000, manakala yang paling rendah ialah RM5.00. Terdapat dua jenis penyerahan khuluk yang dikenal pasti di dalam kes dari tahun 2011 hingga 2013 iaitu di dalam bentuk wang tunai dan bukan wang tunai. |
References |
1. Abd al-Karim Zaidan. (1997). Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Shariah al-Islamiyyah. Jil. 7. Beirut: Mu‟assasah al-Risalah. 2. Al- Jasas Abi Bakr Ahmad Ibn Ali al-Razi. (t.t). Ahkam al-Quran. Jil. 2. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi. 3. Al-Nawawi, Yahya bin Syarf bin Mirri Abu Zakaria. (t.t). Tahrir Alfaz al-Tanbih (Lughah al-Fiqh), Damsyiq: Dar al-Qalam,Jil.1. 4. Al-Sharbiniy al-Khatib Muhammad. (1377H/1958M). Mughni al-Muhtaj. Jil.3. Mesir: Matba‟ah Mustafa al-Babiy al-Halabiy wa Awladuh. 5. Al-Siwasi, Muhammad bin Abd al-Wahhab. (t.t). Syarh Fath al-Qadir, Beirut: Dar al-Fikr, Jil.4. 6. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 1400-056-0075-2011. 7. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14008-062-0211-2011. 8. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14002-056-1039-2011. 9. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14002-056-0642-2011. 10. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14001-056-0623-2012. 11. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14004-056-0183-2012. 12. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14005-055-0806-2012. 13. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14005-056-0645-2013. 14. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14002-056-0555-2013. 15. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14004-056-0687-2013. 16. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14002-056-0137-2013. 17. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14004-056-0071-2013. 18. Fail Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No.kes 14001-056-0917-2013. 19. Hassan Salleh.(1993). Asas Kekeluargaan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 20. Ibn Dhuyan, Ibrahim bin Muhammad bin Salim. (t.t). Manar al-Sabil fi Syarh al-Dalil, al-Riyadh: Maktabah al-Ma'arif, Jil.2. 21. Ibn Muflih, Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah al-Hanbali Abu Ishaq. (t.t). al-Mubdi' fi Syarh al-Muqni', Beirut: al-Maktab al-Islami, Jil.7. 22. Ibnu Qudamah Abi Muhammad Abd Allah Bin Ahmad Bin Muhammad. (t. t). Al-Mughni. Jil.7. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabiy. 23. Ismail Aba Bakri Ali al-Bamiri. (2009). Ahkam al-Usrah: Al-Zauwaj wa al-Talak baina al-Hanafiah wa al-Syafii. „Aman: Dar al-Hamid. 24. Jamal Abdul Wahab Abdul Ghafar. (2003). Al-Khuluk fi Syariah al-Islam Dirasah Fiqhiyyah Muqoronah. Iskandariah: Dar al-Jamiah al-Jadidah. 25. Kamal al-Din Muhammad Bin Abd al-Wahid. (t.t). Sharh Fath al-Qadir. Jil.4. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. 26. Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Rushd. (1414H/1993M). Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Jil.2. Mesir: Sharikah Maktabah wa Matba‟ah Mustafa al-Babiy al-Halabiy wa Awladuh. 27. Muhammad Uqlah. (1997). Nizam al-Usrah fi al-Islam. Jordan: Maktabah al-Risalah al-Hadith. 28. Mustafa al-Zahabi. (2000). Al-Khuluk wa Ahkamuhu fi al-Syariah al-Islamiyyah. Qaherah: Dar al-Hadis. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |