UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini menonjolkan hubungan di antara pihak pentadbir kolonial British dengan masyarakat Muslim khususnya di Mesir. Maklumat diperolehi daripada dokumen-dokumen sejarah seperti fail-fail pentadbiran dan laporan yang dikeluarkan semasa dan selepas Perang Dunia Pertama. Analisis terhadap dokumen-dokumen berkenaan memperlihatkan bahawa pentadbiran British menjadikan kepentingan ekonomi dan ketenteraan sebagai asas penting yang mencorakkan hubungan mereka dengan dengan masyarakat Muslim. Sehubungan itu, kerajaan British mengimplimentasikan pendekatan dan kaedah yang dijangka akan menyekat pengaruh musuh mereka daripada mempengaruhi masyarakat Muslim yang tinggal di wilayah yang dikuasai British. Dalam kes Mesir, usaha menghidupkan semula semangat Pan-Islam dan penularan pengaruh Bolshevik dalam kalangan Muslim di Mesir dilihat sebagai ancaman besar kepada kuasa kolonial British di negara tersebut. Pentabiran Brtiish percaya bahawa Pan-Islam dan Bolshevik ada gerakan yang sama. Untuk itu dalam usaha mereka untuk membendung pengaruh Pan-Islam dan Bolshevik dan mendapatkan sokongan masyarakat Muslim, British bekerjasama dengan Mufti Besar Mesir untuk mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahawa ideologi Bolshevik bertentangan dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, strategi tersebut gagal dan menyebabkan Muslim semakin berminat untuk mengetahui tentang Bolshevik dan British perlu mengubah pendekatan mereka untuk memenangi semula hati masyarakat Muslim di Mesir. Ringkasnya, kertas kerja ini memaparkan kesan Perang Dunia Pertama kepada hubungan di antara kerajaan kolonial British dengan masyarakat Muslim di Mesir. Ia juga memperlihatkan bahawa tindak tanduk British terhadap Muslim dipengaruhi oleh kepentingan mereka untuk menjaga keselamatan dan kestabilan empayar British. |
References |
1. Antonius G. (1965). The Arab Awakening Capricon Books. 2. Aroian L.A. & Mitchell, R.P. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Mohd Redzuan Othman (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. CO 323/843. 4. FO 141/776. 5. FO 141/779/9065. 6. FO 373/5/6. 7. Hourani, A. (1991). A History of the Arab Peoples. Cambridge: The Belknap Press. 8. IOR:/L/PS/18/C94. 9. Ismael Tareq. (1990). The Communist Movement in Egypt, 1920-1988. New York: Syracusse University Press. 10. Mansfield, P. (2003). A History of Middle East. 2nd Edition (Revised by Nicolas Pelham). England:penguin Books. 11. Rogan. (2014). The Arabs A History.(2nd Ed)London:Penguin Books. 12. Spencer, F. (1967). A history of the World in the 20th century, Part 2,1918-1945.London:Pan BooksLtd. 13. Swallow, C. (1973). The Sick Man of Europe. Ottoman Empire t Turkish Republic 1789-1923. London: Ernest Benn.pp.108-109; Antonius G. 1965. The Arab Awakening. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |