UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :QH301 Biology
Main Author :Abd. Rahman Roszelina, Salih Maria,
Title :Proses penjanaan visualisasi mental dalam kalangan pelajar Biologi bagi konsep abstrak osmosis (IR)
Year of Publication :2014
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti teknik pemprosesan informasi dan menghurai proses penjanaan visualisasi mental dalam kalangan pelajar Biologi bagi konsep abstrak osmosis. Sepuluh orang pelajar telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan persampelan stratifikasi bertujuan. Mereka dikategori kepada dua kumpulan iaitu, yang berpencapaian tinggi dan yang berpencapaian rendah berdasarkan kepada pencapaian Biologi dalam ujian prestasi yang lalu. Instrumen kajian yang diguna bagi mengumpul data ialah satu tugasan dan protokol temu bual semi berstruktur. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif menggunakan peratusan dan secara kualitatif dengan membentuk tema dan sub-tema menggunakan kaedah perbandingan konstan. Seratus peratus (100%) pelajar telah menggunakan elemen penapisan dan lebih selektif terhadap pemilihan kata kunci dalam memproses informasi bagi menterjemahkan teks definisi konsep osmosis yang diberi dalam tugasan. Dapatan kajian juga mendapati enam puluh peratus (60%) daripada kumpulan berpencapaian rendah lebih menggunakan perkaitan di antara ayat-ayat di dalam teks untuk menjana visualisasi mental manakala lapan puluh peratus (80%) daripada kumpulan pelajar berpencapaian tinggi menggunakan elemen pencarian sejarah. Lapan puluh peratus (80%) daripada kumpulan pelajar yang berpencapaian rendah lebih cenderung kepada penggunaan elemen dimensi semasa menginterpretasi teks yang berkonsep abstrak itu. Penerokaan minda pelajar telah memberikan banyak maklumat mengenai teknik sesuatu konsep abstrak biologi diproses dengan menjana visualisasi mental yang betul dan tepat
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)