UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Persidangan Afro-Asian dimulakan di Bandung (1955), diikuti Persidangan Kaherah (1957) dan Belgrade (1961), yang membawa kepada penubuhan pergerakan negaranegara berkecuali (NAM). Persidangan ini disertai negara-negara Komunis dan anti- Komunis yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan dalam kalangan negara-negara berkecuali dalam menentang usaha penjajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua. Pengisytiharan Tunku Abdul Rahman berhubung cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1961 yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak, telah menimbulkan berbagai reaksi anggota persidangan tersebut. Kepelbagaian reaksi ini berkait rapat dengan kepentingan dari aspek strategik, keanggotaan dalam pertubuhan pertubuhan tertentu, persempadanan, ideologi dan lain-lain. Reaksi sesetengah negara anggota ini kelihatan mengatasi "Semangat Bandung" yang menjadi pegangan mereka sejak tahun 1954. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan reaksi anggota Persidangan Afro-Asian berhubung dengan isu penubuhan Malaysia sejak pengumumannya 1961 sehingga Persidangan Afro-Asian Kedua dirancang di Algeria 1965. Fokus perbincangan adalah tentang perbezaan pendirian negara-negara anggota tersebut yang boleti menjadi pengukur kepada tahap kesatuan yang dibentuk melalui persidang pertamanya di Bandung (1954). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |