UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
ISSN :2180-2491
Main Author :Arifin Rohayu, Hashim Mohmadisa, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir, Saleh Yazid,
Title :Tahap kebisingan trafik dan kesannya terhadap persekitaran pengajaran-pembelajaran sekolah di pusat bandar Kuala Terengganu
Year of Publication :2015

Abstract :
Bunyi bising merupakan satu perkara yang paling mengganggu kehidupan seharian penduduk berbanding dengan pencemaran lain, termasuk kebisingan trafik di pusat bandar . Kajian ini bertujuan mengenal pasti aras kebisingan trafik dan menilai persepsi guru terhadap tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas empat buah sekolah di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu. Cerapan terhadap tahap kebisingan trafik dilakukan menggunakan Integrating Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument, di luar pagar, di dalam pagar dan juga di bangunan yang paling hampir dengan jalan raya pada hari bekerja dan tidak bekerja, di sebelah pagi, tengah hari dan petang. Hasil kajian mendapati bahawa aras kebisingan yang dicatatkan di kesemua sekolah yang terlibat adalah melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), iaitu 65 dBA. Secara purata, SK Paya Bunga dan SM Agama Sultan Zainal Abidin mencatatkan aras kebisingan tertinggi berbanding sekolah lain khususnya pada hari bekerja. Berdasarkan kaji selidik, para guru mendapati bahawa kebisingan trafik memberi kesan kepada tingkah laku pelajar serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, penglibatan dan keprihatinan daripada pihak yang berwajib berserta penguatkuasaan undang-undang adalah perlu bagi menyelesaikan masalah ini di samping mempertingkat serta menambahbaik infrastruktur sekolah khususnya bilik darjah agar pelajar dapat belajar dengan tenang tanpa gangguan kebisingan trafik di jalan raya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.