UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :1985-496X
Main Author :Kurniawan Yohan, Yohan Hishamuddin, Nik Abd. Rahman Nik Mutasim, Inayatullah Othman, Yusuff Nur Azuki, Musa Nik Yusri,
Title :Kesan energi Selawat Nabi berdasarkan perubahan warna aura
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Kekuatan daripada Al‟Quran telah lama diketahui oleh manusia khasnya umat Islam. Selain Al‟Quran, Selawat kepada Nabi juga dipercayai mempunyai kekuatan dan memberi kesan kepada kehidupan manusia. Walaupun demikian pembuktian kekuatan Al‟Quran dan Selawat Nabi secara saintifik masih sangat kurang dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan kekuatan sebenar Selawat Nabi berdasarkan perubahan warna aura badan seseorang. Kajian ini adalah kajian eksperimental dan rekabentuk pemilihan responden yang digunakan adalah within subject design. Peralatan yang digunakan untuk mengumpulkan data perubahan warna aura adalah WinAura. Peralatan WinAura mengukur perubahan medan elektromagnetik berdasarkan perubahan gelombang elektrik badan. Responden terdiri daripada 15 orang Muslim dan 15 orang bukan Muslim. Kajian dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan eksperimen dijalankan pada waktu pagi. Hasil kajian mendapati majoriti warna aura responden Muslim adalah hijau sedangkan warna aura responden bukan Muslim adalah oren. Hasil kajian juga mendapati bahawa Selawat Nabi memberi kesan kepada semangat atau keimanan untuk responden Muslim, dan kesan kepada fikiran untuk responden bukan Muslim. Implikasi kajian ini adalah memberi maklumat dan keyakinan kepada individu Muslim bahawa Selawat Nabi adalah sesuai digunakan untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, sedangkan bagi individu bukan Muslim, Selawat Nabi dapat memberi ketenangan fikiran. Jelasnya, kajian ini memperlihatkan bahawa Selawat Nabi meningkatnya keimanan kepada Allah dan ketenangan fikiran akan meningkatkan kualiti hidup manusia.

References

1. Albakriah. 2014. Hadis sohih kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Laman sesawang: https://albakriah.wordpress.com/2014/01/12/hadis-sohih- kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-muhammad-s-a-w/, dibuka pada: 21 Mac 2015-03-21. 2. Irib Indonesia (2014). Tekanan jiwa dan cara mengatasinya. Laman sesawang: http://indonesian.irib.ir/artikel/ufuk/item/77571- Tekanan_Jiwa_dan_Cara_Mengatasinya, dibuka pada:5 September 2015. 3. Lindgren, C.E. & Jennifer Baltz (1997). Aura Awareness. California: Progen Co. 4. Mohammad Aiman Az Zuhairi (2012). Kelebihan Berselawat terhadap Rasulullah. Selangor: Pustaka Al-Ehsan. 5. Nasaruddin Umar (2014). Kekuatan Selawat. Laman sesawang: http://www.republika.co.id/berita/koran/khazanah-koran/14/07/15/n8qsu724- kekuatan-Selawat, dibuka pada: 4 Mac 2015. 6. Saefuddin Al Hassany (2014). Keajaiban Selawat menurut Al-Quran dan Hadis. Kuala Lumpur: Global Publishing. 7. Shafi-Q (2012). Selawat. Laman sesawang: https://shafiqolbu.wordpress.com/selawat/, dibuka pada: 5 September 2015. 8. Web Kesehatan (2015). Apa itu stres? Mengenal stres dan cara menanganinya. Laman sesawang: http://webkesehatan.com/info-stres-cara-menghadapi-stres/, dibuka pada: 5 September 2015.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.