UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini membincangkan mengenai perlaksanaan kurikulum tajwid al-Quran di sekolah-sekolah pondok negeri Perak. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dan kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana sejumlah 250 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden yang merupakan pelajar di sekolah-sekolah yang terpilih. Ia melibatkan tujuh buah sekolah pondok sama ada yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atau belum. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) version 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan kurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok negeri Perak berada pada tahap yang sangat baik di mana kebanyakkan responden bersetuju bahawa kandungan kurikulum tajwid al-Quran sangat sesuai dan hasil pembelajarannya juga sangat berkesan. |
References |
1. Al-Quran al-Karim. 2. Abdul Hafiz Bin Abdullah, (2001), Pengajian Tafsir di Pondok-pondok negeri Kelantan : Kajian Khusus Tiga Buah Pondok, UKM, Bangi. 3. Abdul Halim Tamuri etl (2004), Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Laporan Penyelidikan: UKM. 4. Abdul Rahman Abdullah (1998), Pemikiran Islam di Malaysia : Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Abdullah bin Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Abu Daudi (2003), Maulana Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari (Tuan Haji Besar). Martapura : Yayasan Pendidikan Islam Dalam Pagar. 7. Ahmad Atory Hussain (1996), Pengurusan Organisasi. Utusan Publications & Distributors: Kuala Lumpur. 8. Ahmad Jelani bin Halimi (1989), Sistem Pendidikan Melayu (Islam) Tradisional merujuk kepada sistem pendidikan Pondok di Kedah: Asal Usul dan Perkembangannya hingga 1957. Tesis Sarjana Pendidikan USM. 9. Azizi Yahaya etl (2003), Permasalahan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan: Satu Tinjauan Di Institusi-Institusi Menengah Dalam Daerah Batang Padang, Perak Tengah Dan Hilir Perak. National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri Pan-Pacific, Johore Bahru, 19-21 Oktober. 10. Azman Ismail, Kamsiah Hasbullah, Rizal Abu Bakar dan Mohamed Hashim Othman (2007), Kesan Pemindahan Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan ke Atas Amalan Komunikasi Dalam Sistem Mentoring Di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22. 11. Ghazali Darusalam (t.t), Kesahan dan Kebolehpercayaan Dalam Kajian Kualitatif dan Kuantitatif. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Maktab Perguruan Islam, Bangi. 12. Haji Abdullah Ishak, 1995, Pendidikan dan Pengaruhnya di Malaysia, Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Ismail Ab. Rahman, 1992, Pendidikan Islam Malaysia, Selangor Darul Ehsan : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 14. Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar, Pedagogi Asas Pendidikan, (2011), Kuala Lumpur : Kayazano Ent. 15. Omar Bin Abu Khair (2006), Pengajian Tafsir di Institusi Pondok : Kajian Terhadap tiga Buah Pondok di Negeri Kedah, thesis Sarjana Pengajian Islam, Universiti kebangsaan Malaysia. 16. Pauzi Hj. Awang (1977), Perkembangan Pendidikan Islam di Kelantan, dlm. 10 tahun Yayasan Pengajian Islam Kelantan Nilam Puri, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kelantan. 17. Wan Mohd Shaghir bin Abdullah (2001), Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu (Jilid 14). Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara dan Khazanah Fathaniyah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |