UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :H Social Sciences (General)
ISSN :1985-496X
Main Author :Alan Ribka, Hj. Hassan Md Salleh, Bolong Jusang, Osman Nizam,
Title :Pola komunikasi interpersonal dalam pencarian maklumat : kajian kes masyarakat Orang Ulu, Sarawak, Malaysia
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Komunikasi interpersonal ialah suatu proses transaksi maklumat yang berterusan, melibatkan komunikator daripada persekitaran yang sama atau pun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej. Pola komunikasi adalah bentuk atau pola hubungan dua orang atau lebih dalam proses penghantaran dan penerimaan maklumat melalui kaedah yang sesuai supaya maksud yang ingin disampaikan dapat difahami. Komunikasi interpersonal merupakan salah satu saluran yang dipercayai dan sahih oleh masyarakat luar bandar untuk mencari maklumat bagi meningkatkan kualiti hidup. Namun begitu, tahap penyampaian maklumat melalui saluran komunikasi interpersonal kepada penduduk luar bandar dilihat kurang berkesan akibat kekangan pendidikan. Artikel ini bertujuan mengenal pasti pola komunikasi interpersonal dalam kalangan masyarakat Orang Ulu dalam pencarian maklumat bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Kajian ini melibatkan tujuh kumpulan kategori responden yang terlibat dalam komunikasi interpersonal iaitu pegawai pertanian, orang tengah, penjual produk pertanian, petani maju, rakan, sanak saudara dan jiran. Kajian ini dijalankan di kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, daerah Belaga, Sarawak. Persampelan kajian dilaksana secara rawak dalam kalangan 4,826 populasi penduduk dan seramai 356 orang responden terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpul menggunakan borang soal selidik dan temubual bersemuka. Hasil kajian menunjukkan maklumat utama yang dicari dalam proses komunikasi interpersonal ialah kebudayaan dan aktiviti sosial, pertanian, harga pasaran, pendidikan dan latihan, dan lain-lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penglibatan secara aktif individu dalam pencarian maklumat akan meningkatkan kualiti hidup mereka. Ini berdasarkan keputusan kajian bahawa kumpulan kategori responden yang seringkali mereka jumpa ialah rakan (33.1%), sanak saudara (32.5%) dan jiran (33.4%). Oleh itu, diharap keputusan kajian ini dapat memberi garis panduan bagi penyelidikan yang berkaitan dengan masyarakat luar bandar pada masa akan datang.

References

1. Adler, R. B., Rosenfeld, L. B. & Towne N. (1999). Interplay: The process of interpersonal communication. Fort Woth: Harcourt Brace. 2. Azimi, H., dan Hayrol Azril, M. S. (2009). Sejarah, Prinsip dan Keperluan Pengembangan Pertanian. Dalam Bahaman Abu Samah, Jegak Uli dan Khadijah Alavi (Eds.). Media Pengembangan Pertanian ke arah memperkasakan komuniti luar bandar. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 3. Bala, P., Khoo, G. L., Songan, P., and Harris, R. (2000). Potential users profile and existing communication pattern among the rural community of Bario: A needs analysis for the development of a telecentre. In M. Leigh (Ed.), Borneo 2000: Politics, history & development (pp. 626–647). Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia: Universiti Malaysia Sarawak. 4. Beebe, S. A., Beebe, S. J., and Redmond, M. V. (1999). Interpersonal communication: relating to others. Boston: Allyn and Bacon. 5. Binswanger-Mkhize, H. and McCalla, A. F. (2010). The changing contexts and prospects for agricultural and rural development in Africa. Handbook of Agricultural Economics, 4:3571–3712. 6. Che Hasniza Che Noh., dan Fatimah Yusooff. (2011). Corak komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga Melayu di Terengganu. Jurnal Hadhari, 3 (2): 45–62. 7. Daudu, S., Chado, S. S., and Igbashal, A. A. (2009). Agriculture information sources utilized by farmers in Bunue State, Nigeria. Journal Patsunk, 5:39–48. 8. Dominic, D. A., and Hawa, O. (2014). Meeting information needs of coca farmers in selected communities in the Eastern Region of Ghana. Library Philosophy and Practice (e-journal). Retrieved from http://digitalcommons. unl.edu/ libphilprac/1103. 9. Gnaniah, J., Songan, P., Yeo, A., Zen, H., and Ab Hamid, K. (2006). Communication patterns of the Long Bedian community: implications for the Development of a Telecentre Work with Computing Systems 2004. H.M. Khalid, M.G. Helander, A.W. Yeo (Editors). Kuala Lumpur: Damai Sciences. 10. Littlejohn, S. W. (1996). Theories of Human Communication (5th Ed.). Belmont, CA: Wadsworth. 11. Lwoga, E. T. (2010). Bridging the agricultural knowledge and information divide: the case of selected telecenter and rural radio in Tanzania. EJISDC, 43:1–14. 12. Lwoga, E. T., Stilwell, C., and Ngulube, N. (2011). Access and use of agricultural information and knowledge in Tanzania. Journal Agriculture Knowledge Information, 60: 383–395. 13. Mansor, A. S., Ramli, M., dan Shawaluddin, A. (1984). Penghantar Komunikasi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 14. Md Salleh H., Sulaiman, M. Y., Hayrol Azril., M. S., Mohd Shahwahid,O., Bahaman, A. S., Asnarulkhadi, A. S., and Siti, A. R. (2011). Receiving the agriculture information through mass media and interpersonal sources among the rural community. American Journal of Agricultural and Biological Sciences,6(3):451–461. 15. Mohd Safiee, I., Ashari, S., Siti Zahara, M. A., Mohd Zaid, M., Ahmad Rizal, M., dan Latifah, M. A. (2008). Komunikasi interpersonal dalam pengajaran di kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik di Melaka. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, Universiti Teknologi Malaysia, 22–23 Oktober 2008. 16. Musa Abu Hassan., M. S., Hassan, M., Shaffril, H. A., and Jeffrey Lawrence, D. S. (2009). Problems and obstacles in using Information and Communication Technology (ICT) among Malaysian Agro-Based Entrepreneurs. Euroupen Journal Science Research, 36:93–101. 17. Ogbama, M. U. (2010). Access to agriculture information among fish farmers in Niger delta region of Nigeria. University of Nebraska Lincon. 18. Okwu, O. J., and Daudu, S. (2011). Extension communication channels’ usage and preference by farmers in Bunue State Nigeria. Journal Agriculture Extension Rural Development, 3:88–94. 19. Opara, U. N. (2008). Agricultural information sources used by farmers in imo state Nigeria. Journal Information Development, 24:289–295. 20. Patton, B. R. and Giffin, K. (1981). Interpersonal communication in action: basic text and readings. New York: Harper & Row Publishers. 21. Penny Ismiati Iskak. (2005). Information-seeking strategies among potato farmers in West Java, Indonesia. Unpublished Master’s Thesis, Universiti Putra Malaysia. 22. Pearson, J. C., dan Nelson, P .E. (2000). An introduction to human communication understanding dan sharing. (8th Ed.). Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. 23. Rees, D. (2000). Agriculture knowledge and information systems in Kenya: implications for technology dissemination and development. 1st Edn., Overseas Development Institute, London, pp: 16. 24. Ribka Alan., Md. Salleh, H., Musa Abu, H., dan Philip, L. (2009). Tahap keperluan maklumat dan kredibiliti sumber maklumat teknologi pertanian dalam kalangan pekebun kecil lada hitam di kawasan luar bandar. In: Samah BA, Uli J and Alavi K (eds) Media dan Pengembangan Pertanian: ke Arah Memperkasakan Komuniti Luar Bandar, pp.121-137. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang. 25. Saodah Wok., Narimah Ismail., dan Hussain, M. Y. (2006). Teori-Teori Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 26. Wiggins, S. (2013). Agriculture and growth in low-income countries. Research supported by the ESRC and DFID. Retrived from https:www.degrp.sqsp.com.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.