UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
Main Author :Saleh Yazid, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri,
Title :Transformasi bandar kecil di Wilayah Selatan Perak beberapa penemuan di Tanjong Malim (IR)
Year of Publication :2014
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis perubahan yang berlaku di Tanjong Malim akibat proses transformasi yang berlaku. Umumnya, Tanjong Malim ialah sebuah bandar kecil yang terletak di bahagian selatan negeri Perak. Ia terletak di luar wilayah pembangunan utama (Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat dan Wilayah Metropolitan Kinta). Walaupun terletak di luar wilayah pembangunan utama, namun kewujudan dua institusi utama iaitu pendidikan tinggi dan perindustrian menjadikan proses transformasi di bandar ini menarik untuk dikaji. Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui cerapan di lapangan, terdapat tiga penemuan yang utama diperolehi iaitu (1) berlakunya keunggulan penawaran fungsi ekonomi (2) kemelesetan peranan tradisional bandar kecil dan (3) pengukuhan asas ekonomi yang bukan berasaskan pertanian. Penemuan-penemuan ini merupakan petunjuk asas bahawa sebagai sebuah bandar kecil, Tanjong Malim kini sedang berada di landasan yang betul dalam proses transformasi bagi pembangunannya di masa hadapan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)