UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :DS Asia
Main Author :Lee Nazirah,
Title :Transformasi fesyen pakaian Muslim di Semenanjung Tanah Melayu, 1930,1940
Year of Publication :2014

Abstract :
Masyarakat Muslim di Semenanjung Tanah Melayu melalui zaman transisi sejak berakhirnya Perang Dunia Pertama. Mereka menghadapi dilema untuk memilih sama ada untuk kekal dalam nilai tradisi atau menerima nilai-nilai baru yang lazimnya disinonimkan dengan kemodenan dan kemajuan. Perkembangan yang terjadi selepas 1930 memperlihatkan bahawa Muslim di Semenanjung Tanah Melayu mempunyai karekteristik yang sangat berbeza berbanding sebelumnya. Perubahan ini penting untuk difahami kerana ia memberi kesan kepada Muslim sehingga kini. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan transformasi tersebut dengan melihat kepada perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam fesyen pakaian Muslim di Semenanjung Tanah Melayu. Kemunculan fesyen "baru dan moden" dalam masyarakat Muslim mencetuskan perdebatan dalam kalangan mereka. Cerapan kepada perbahasan yang berlaku dalam masyarakat pada waktu itu akan memberikan gambaran yang jelas tentang tranformasi sosial yang terjadi sepanjang 1930-1940-an. Ini kerana fesyen adalah manifestasi kepada nilai dan norma yang mendasari pandangan dan pemikiran yang popular dalam sesebuah masyarakat dalam sesuatu tempoh masa. Ringkasnya, artikel ini bertujuan untuk melihat perubahan yang mengambil tempat dalam masyarakat Muslim dan isu-isu yang timbul ekoran perubahan tersebut dalam usaha untuk memahami sejarah sosial dalam tempoh yang dinyatakan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.