UPSI Digital Repository (UDRep)

Konstruk bateri ujian dan perbandingan tahap prestasi keupayaan motor pelajar sekolah menengah Malaysia

AVAILABLE Thesis 2650 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Konstruk bateri ujian dan perbandingan tahap prestasi keupayaan motor pelajar sekolah menengah Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Hashim
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2003
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk membina bateri ujian dan perbandingan tahap prestasi keupayaan motor bagi pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima sekolah menengah Semenanjung Malaysia. Sebanyak 17 jenis ujian ditadbirkan ke atas 1500 orang pelajar (830 lelaki dan 670 perempuan). Pengukuran prestasi keupayaan motor diperoleh berdasarkan konstruk bateri ujian yang terdiri daripada 12 ujian utama iaitu ujian lompat kuasa menegak, ujian lompat menegak, ujian lari pecut 6 saat, ujian lompat jauh berdiri, ujian melontar bola keranjang, ujian lari pecut 50 ela, ujian kayu bass menegak, ujian kayu bass melintang, ujian tindak balas pilihan, ujian lari ulang alik 30 kaki, ujian kepantasan tangan Nelson dan ujian lompat kuadran Ujian ANOVA Tiga Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi keupayaan motor di kalangan pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima berdasarkan etnik E (2,1470) = 3.707, Q < .05, jantina E (1,1470) = 1067.65, Q < .05 dan tingkatan E (4,1470) = 21.458, Q < .05. Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik E (12,2984) = 4.41, Q < .05, jantina E (6,1493) = 223.72, Q < .05 dan tingkatan E (24,5199.20) = 9.62, Q < .05 terhadap prestasi skor ujian kepantasan, ketangkasan, keseimbangan, masa reaksi, kuasa dan koordinasi di kalangan pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima sekolah menengah di Malaysia. Analisis regresi berganda menunjukkan terdapat kesan pengaruh etnik, jantina, berat badan, ketinggian, tingkatan dan Indeks Jisim Badan yang signifikan ke atas prestasi keupayaan motor, E (10,1489) = 163.511, Q < .05. Sebanyak 53.7% varian dalam keseluruhan prestasi keupayaan motor dapat diterangkan oleh pembolehubah jangkaan tersebut. Daripada jumlah tersebut, pembolehubah jantina merupakan pengaruh utama terbesar dan menyumbang sebanyak 45.3% daripada keseluruhan varian (52.3%) terhadap prestasi skor keupayaan motor. Manakala selebihnya 7% lagi disumbangkan masing-masing oleh pengaruh etnik sebanyak .02%, tingkatan sebanyak 4.6% dan 2.2% lagi disumbangkan oleh pengaruh Indeks Jisim Badan, ketinggian dan berat badan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan pelajar perempuan etnik Cina mempunyai prestasi keupayaan motor lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan pelajar Melayu dan India. Kajian juga menunjukkan prestasi keupayaan motor pelajar lelaki lebih tinggi dan signifikan berbanding perempuan. Bagi pelajar perempuan, tidak terdapat perbezaan prestasi keupayaan motor yang signifikan di antara pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima. Pelajar lelaki Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua serta pelajar lelaki Tingkatan Empat, Tiga dan Lima tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap prestasi keupayaan motor.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.