UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Title :Kesan kelompok bimbingan ke atas konsep kendiri, daya tahan dan kelangsangan remaja
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2010
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan Kelompok Bimbingan Kecil Peningkatan Konsep Kendiri (KBKPKK) dan Kelompok Bimbingan Besar Peningkatan Konsep Kendiri (KBBPKK) yang berorientasikan pendekatan gabungan Terapi Tingkahlaku-Kognitif dan Model Konsep Kendiri Multidimensi (TTKMKKM) di kalangan remaja pertengahan yang sederhana rendah dalam konsep kendiri. Keberkesanan intervensi KBKPKK dan KBBPKK diukur dari segi peningkatan konsep kendiri, penilaian konsep kendiri - rakan sebaya, daya tahan dan pengurangan kelangsangan kumpulan rawatan. Kajian dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di daerah Hulu Selangor, Selangor. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan empat soal selidik kajian iaitu Skala Konsep Kendiri Multidimensi (SKKM), Skala Penilaian Konsep Kendiri - Rakan Sebaya (SPKK-RS), Skala Daya Tahan Remaja (SDTR) dan Soal Selidik Kelangsangan (SK). Seramai 104 subjek dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan dan satu kelompok kawalan. Subjek rawatan KBKPKK ialah 31 pelajar yang dibahagikan kepada tiga kelompok kecil (Rla=11, Rlb=lO dan R1e=10), KBBPKK seramai 31 pelajar dalam satu kelompok besar (R2=31) dan satu kelompok kawalan (K1 =42). Subjek kelompok rawatan diberi lapan sesi kelompok mingguan dalam masa lapan minggu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ANOVA, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tuckey pada aras signifikan .01 dan .05. Dapatan kajian mendapati rawatan KBKPKK dan KBBPKK berkesan dalam meningkatkan pemboleh ubah terikat konsep kendiri, penilaian konsep kendiri - rakan sebaya, daya tahan dan mengurangkan kelangsangan kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Kelompok rawatan KBKPKK didapati lebih berkesan berbanding rawatan KBBPKK. Kajian juga mendapati faktor jantina dan faktor kaum tidak mempengaruhi kesan rawatan. Implikasi kajian ini memberi sumbangan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling apabila berjaya menggubal suatu model kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar yang berorientasikan gabungan pendekatan TTK-MKKM dalam meningkatkan konsep kendiri pelajar secara berkesan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.