UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Mohd Abdul Nasir Abd. Latif
Title :Wacana komunikasi dalam al-Qur'an: satu analisis terhadap dialog dua hala
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2014
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian analisis dokumen secara deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis dialog dua hala al-Qur'an dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian ini ialah 179 dialog dua hala al-Qur'an. Data dianalisis dengan menggunakan perisian N'Vivo berasaskan kerangka analisis wacana yang dikemukakan oleh van Dijk (1998). Analisis melibatkan tiga struktur iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Dapatan analisis struktur makro menunjukkan ayat dialog mempunyai tiga tema utama. Tema pertama tenia fitrah kejadian manusia yang meliputi asal kejadian manusia dan sifat-sifat kemanusiaan. Tema kedua tema akidah yang meliputi Islam, Iman dan Tauhid. Tema ketiga pula tema persoalan-persoalan fiqh. Dapatan analisis superstruktur menunjukkan ayat dialog banyak terdapat dalam surah panjang yang tidak membincangkan hukum fardu dan dalam surah makkiyyah. Pemilihan pekata dialog pula mewakili seluruh makhluk, manakala struktur dialog pula terdiri daripada permulaan, perkembangan dan peleraian. Pengulangan Ayat dialog dikenal pasti berlaku menerusi pengulangan peristiwa, ayat dialog dan hujah, Dapatan analisis struktur mikro pula menunjukkan ayat-ayat dialog terbina berdasarkan ilmu al-Ma 'anl al-Baydn dan alBad!'. Dalam konteks ilmu al-Ma 'an!, ayat dialog terbina berasaskan ayat al-Khabar dan al-Inshii' serta gaya bahasa al-Taqdim dan al-Ta'khir, al-J}iiz, al-Itnsb dan al-Iltifst. Dalam konteks ilmu al-Bayiin, ayat dialog terbina berdasarkan gaya bahasa al-Kinayah, al-Majiiz, al-Isti'srah dan al-Taniisub al-Bayiin]: Manakala dalam konteks ilmu al-Badi pula, ayat dialog terbina berdasarkan gaya bahasa al- Iibiiq dan Uslilb al-Hakim. Elemen-elemen yang terhasil daripada dapatan analisis ketiga-tiga struktur tersebut telah menghasilkan kerangka-kerangka asas bagi pembinaan Model Dialog Dua Hala alQur'an (MDHQ) yang dikemukakan dalam kajian ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.