UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Che Leh Fauziah, Yeop Yunus Nek Kamal, Abd Razak Ahmad Zainal Abidin, Omar Baharudin,
Title :Pemasaran dan kepenggunaan tempat untuk pembangunan pelancongan di Kuala Kangsar, Perak (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty Of Human Sciences
Year of Publication :2013
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Dalam arus globalisasi, persaingan antara tempat menjadi semakin sengit dan keupayaan menarik ramai pengguna tempat seperti penduduk, pelancong dan pelabur yang akan merangsang pembangunan ekonomi dan meningkatkan sumber dana pengurusan tempat lebih sukar dilakukan termasuklah dalam pembangunan sektor pelancongan. Wilayah mundur disarankan mengguna pakai corak pembangunan yang menekankan kepentingan identiti tempat dan memperkukuhkan lagi keunikan tempatan sebagai strategi daya saing dalam sektor pelancongan. Ini kerana, proses globalisasi menghapuskan sempadan dan mengecilkan perubahan antara ruang melalui kecanggihan teknologi seterusnya menyebabkan berlakunya kesetaraan pembangunan. Kesetaraan ini menyebabkan aktiviti pemasaran tempat hampir sama kerana mempunyai keseragaman ruang dan corak pembangunan sedangkan terdapat tempat berbeza dan mempunyai keunikan daripada tempat yang lain. Setiap tempat perlu memasarkan keunikan dan kelebihan tempat pelancongan masing-masing dengan cara mengkomodifikasikan sumber tempatan yang dimiliki sama ada berbentuk sumber asli, tinggalan sejarah dan warisan, berasaskan unsur kebudayaan atau ciptaan manusia agar mendapat kelebihan daya saing. Strategi pemasaran tempat dan peranan pengguna dicadangkan diintegrasikan dalam pembangunan sektor pelancongan agar kelebihan tempat lebih menonjol seterusnya mampu menarik pelancong berkunjung dan membuat kunjungan semula ke sesuatu lokasi pelancongan. Pada asasnya, kajian ini bertujuan mengenai pasti trend, tahap dan jenis kepenggunaan pelancong serta menilai kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang setiap tempat pelancongan dalam kawasan Bandar Diraja Kuala Kangsar berasaskan penilaian daripada pelancong tempatan yang berkunjung ke lokasi pelancongan terpilih. Seterusnya kajian ini bertujuan mengutarakan cadangan ke arah pembangunan kawasan pelancongan yang bersesuaian dengan atribut tempat untuk kesejahteraan pelancong dan destinasi setempat pelancongan di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak berstruktur seramai 100 orang responden yang dipilih secara rawak disoal selidik di kawasan Bandar Diraja Kuala Kangsar Perak yang meliputi tempat pelancongan seperti Masjid Ubudiah, Galeri Sultan Azlan Shah, ARENA dan Dataran Kuala Kangsar. Kajian lapangan dijalankan pada cuti hujung minggu semasa cuti panjang sesi persekolahan (November-Disember) bertujuan mendapatkan seramai mungkin responden di kawasan kajian. Data yang diperoleh melaiui kajian lapangan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 17. Analisis data melibatkan jadual silang, min dan anaiisis kekerapan di samping penjelasan secara deskriptif bagi mencapai matlamat dan objektif kajian. Didapati, pusat pelancongan dalam kawasan Bandar Diraja Kuala Kangsar perlu membuat rujukan kepada perubahan trend dan cita rasa pengguna di samping menerapkan elemen keusahawanan yang bersesuaian dengan situasi tempat untuk mendapat kelebihan dalam persaingan serta merangsang pembangunan sektor pelancongan yang lebih agresif di lokasi. Konsep keusahawanan yang perlu ditekankan tertumpu ke arah bercirikan daya saing, inovatif dan berisiko yang menjadi intipati dalam strategi pemasaran tempat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)