UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aplikasi Model Konstruktivisme dalam kelas bahasa Melayu. Model ini mempunyai lima fasa, iaitu: orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Selain itu, ia bertujuan mengenal pasti pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme dalam kelas bahasa Melayu, menganalisis fasa-fasa pengajaran berasaskan Model Konstruktivisme dalam kelas bahasa Melayu dan membincangkan aplikasi Model Konstruktivisme dalam kelas bahasa Melayu. Secara tidak langsung kekangan dalam aplikasi konstruktivisme dalam kelas bahasa Melayu dapat dikenalpasti. Kajian ini melibatkan 150 orang sampel daripada kumpulan kawalan dan 20 orang sampel daripada kumpulan eksperimen. Kajian ini menggunakan Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam "Children's Learning in Science Project' (Needham 1987). Dalam model ini, pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, penggunaan idea dan renungan kembali. Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Kaedah pemerhatian di dalam kelas selama satu semester telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan aplikasi Model Konstruktivisme dalam kelas bahasa Melayu. Dapatan kajian ini diperoleh daripada kajian kualitatif dan menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan konstruktivisme adalah tinggi bagi aspek kesediaan namun ianya sederhana bagi aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa Melayu. Selain itu, didapati minat subjek Kumpulan Eksperimen terhadap mata pelajaran bahasa Melayu turut meningkat secara signifikan setelah diajar dengan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987). Justeru, kajian ini dapat memberi sumbangan bam kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperbaiki aplikasi Model Konstruktivisme dengan cara yang lebih menyeluruh. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |