UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini menghuraikan tentang pembelajaran sosio-budaya dalam kraf tekat di daerah Kuala Kangsar. Tekat adalah kraf jahitan sulaman Melayu yang sangat indah. Penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif, termasuk menemu bual Adiguru, menganalisis hasil karyanya, mengkaji dokumen sokongan dan memerhati proses pembelajaran dalam bengkel. Kajian ini juga menemu bual anak-anak, cucu-cucu dan pembantu-pembantu kepada Adiguru. Hasil dapatan menunjukkan pemerhatian, peniruan, dan pengulangan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran kraf tekat. Bentuk-bentuk tekat tradisi boleh dikekalkan dan kemudian diubah kepada reka bentuk moden. Kemahiran pembuatan tangan diturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Walau bagaimana pun mesin sulaman terkini juga digunakan. Kesimpulannya, kekuatan kraf tekat ini terletak pada cara amalan masa kini. Kajian ini menjadi contoh amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang menghubungkan warisan tradisi melalui pengetahuan dan pengalaman Adiguru untuk mengekalkan budaya tradisi identiti bangsa dan budaya dalam Pendidikan Seni Visual. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |