Pendidikan sosiobudaya dalam konteks pengembangan dan pengekalan kraf tekat di daerah Kuala Kangsar
Type
Thesis
Main Author
Siti Hanim Mohd Nawawi
Subject
TT Handicrafts Arts and crafts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini menghuraikan tentang pembelajaran sosio-budaya dalam kraf tekat di daerah Kuala Kangsar. Tekat adalah kraf jahitan sulaman Melayu yang sangat indah. Penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif, termasuk menemu bual Adiguru, menganalisis hasil karyanya, mengkaji dokumen sokongan dan memerhati proses pembelajaran dalam bengkel. Kajian ini juga menemu bual anak-anak, cucu-cucu dan pembantu-pembantu kepada Adiguru. Hasil dapatan menunjukkan pemerhatian, peniruan, dan pengulangan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran kraf tekat. Bentuk-bentuk tekat tradisi boleh dikekalkan dan kemudian diubah kepada reka bentuk moden. Kemahiran pembuatan tangan diturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Walau bagaimana pun mesin sulaman terkini juga digunakan. Kesimpulannya, kekuatan kraf tekat ini terletak pada cara amalan masa kini. Kajian ini menjadi contoh amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang menghubungkan warisan tradisi melalui pengetahuan dan pengalaman Adiguru untuk mengekalkan budaya tradisi identiti bangsa dan budaya dalam Pendidikan Seni Visual.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.