UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Marniyati Mohd Nor
Title :Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2012
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memberi definisi dan konsep yang lebih jelas untuk kemahiran insaniah daripada sudut pandangan yang pelbagai. Pandangan daripada graduan, orang awam selaku pelanggan perkhidmatan, majikan yang mengambil pekerja, universiti yang menawarkan kursus dan tokoh informan yang sudah mencapai kejayaan harus diambil kira bagi mendapatkan tafsiran yang tepat terhadap kemahiran insaniah. Penyelidikan ini juga cuba mengenal pasti unsur-unsur kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keperluan graduan untuk diterapkan dalam sukatan pelajaran di IPT. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk penyelidikan deskriptif. Kaedah tinjauan digunakan bagi mendapat maklumat keseluruhan berkaitan sesebuah situasi yang khusus melibatkan bidang kemahiran insaniah. Dua jenis tinjauan digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini, iaitu kajian rentas dan kajian panel pakar. Lima kelompok responden dilibatkan sebagai populasi iaitu graduan, universiti, firma, tokoh informan dan orang awam. Kesemuanya adalah kelompok yang berkepentingan dan berkait rapat dalam mencari pengertian dan pengisian sebenar kemahiran insaniah. Tiga alat utama digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Semua data majikan, universiti, graduan, orang awam, tokoh informan dan juga data daripada bahan bacaan yang dikumpul kemudiannya dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu kumpulan pengamal kemahiran insaniah yang terdiri daripada majikan dan tokoh informan, kumpulan para pegawai yang mewakili universiti, graduan dan orang awam dan kumpulan bahan-bahan bacaan. Ketiga-tiga kumpulan ini kemudiannya dianalisis secara triangulasi, iaitu analisis daripada tiga perspektif yang berbeza. Bagi mendapatkan definisi kemahiran insaniah yang tepat, triangulasi digunakan pada setiap peringkat kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran insaniah bukan sekadar kemahiran generik yang dapat dilihat secara fizikal melalui kemahiran interpersonal, tetapi juga terkandung dalam aspek kemanusiaan, kerohanian dan spiritual melalui kemahiran intrapersonal seseorang. Kemahiran insaniah juga merangkumi unsur-unsur yang boleh dilihat, diukur dan dinilai melalui percakapan, tindakan dan tingkah laku seseorang. Kemahiran insaniah terdiri daripada sikap dan kebolehan yang boleh dibina dan dibentuk menjadi personaliti dalam diri seseorang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)