UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan menentukan tahap pemilihan orientasi matlamat dalam kalangan pelajar atlet sekolah menengah lelaki dan perempuan. Selain itu, kajian ini juga melihat strategi-strategi yang sangat kerap digunakan bagi menangani stres. Akhir sekali, kajian ini menjelaskan perkaitan di antara orientasi matlamat dengan strategi menangani stres dalam kalangan pelajar atlet.Responden seramai 348 orang telah di pilih dalam kalangan pelajar atlet lelaki dan perempuan daripada 8 buah sekolah menengah di Daerah Papar, Sabah. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik Task Ego Orientation Sport Questionaire (TEOSQ) dan Cockburn Questionaire (eQ). Hasil dapatan menunjukkan orientasi matlamat pelajar atlet lelaki dan perempuan lebih kepada orientasi tugasan ( M=3.96, SD=0.72) berbanding orientasi ego (M=3.l7, SD=0.81). Manakala daripada 45 soalan strategi menangani stres didapati 20% responden mengatakan item yang diberikan tidak berkaitan atau mengetahui strategi tersebut. Diikuti pula 11% bagi item yang tidak pemah terfikir untuk dilakukan dan 69% mengatakan item yang dikemukakan adalah item yang telah terfikir. lni menunjukkan pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada untuk menangani stres. Dari segi perkaitan antara orientasi matlamat dengan strategi menangani stres menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara corak orientasi matlamat dengan 10 strategi menangani stres pelajar atlet sekolah menengah (r=0.101 n=348, p=O.03, p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |