UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Ahmad Shaufie Masron
Title :Kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru-guru Pendidikan Seni Visual
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2004
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian sebelum ini menunjukkan kecerdasan emosi dapat meningkatkan produktiviti, inovasi dan kecekapan organisasi. Salovery dan Mayer (1990), telah mendefinisikan EQ sebagai, suatu subset dari kecerdasan sosial yang merujuk kepada kebolehan seseorang meneliti emosi atau perasaan dirinya atau orang lain, membezakan emosi ini dan menggunakannya sebagai panduan membentuk suatu cara fikir dan tindakan. Dalam meneliti kecemerlangan hidup, ramai pakar percaya bahawa 80% bergantung kepada kekuatan EQ dan hanya 20% sahaja berdasarkan ketinggian IQ. Pendidikan adalah satu proses yang kompleks dan dipengaruhi oleh banyak faktor penggerak. Penggerak utama pendidikan dalam bilik darjah adalah guru dan mereka seharusnya menggunakan emosi untuk mengarahkan sikap dan cara berfikir pelajar supaya mencapai matlamat. Kajian ini dibuat untuk melihat mengapa guru-guru pendidikan seni visual kini sentiasa bersungut dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas mereka. Kajian ini akan melihat adakah keadaan ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan faktor tahap kecerdasan emosi dan kepuasan kerja yang dimiliki oleh guru pendidikan seni tersebut. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan yang menggunakan soal-selidik bagi mengukur tahap kecerdasan emosi dan soal-selidik bagi mengukur kepuasan kerja guru. Sesungguhnya kajian ini boleh memberi sumbangan ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan keguruan dan juga ke arah memartabatkan profesion ini agar dipandang mulia oleh semua lapisan masyarakat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.