UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan model Kaunseling Kelompok Berstruktur terhadap perhargaan kendiri dan motivasi pelajar

AVAILABLE Thesis 2591 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan model Kaunseling Kelompok Berstruktur terhadap perhargaan kendiri dan motivasi pelajar
Type
Thesis
Main Author
Abdul Rahman Khalid
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan model kaunseling kelompok berstruktur terhadap penghargaan kendiri dan motivasi pelajar. Kajian ini dijalankan secara eksperimental iaitu melalui ujian pra dan ujian pos ke atas 40 orang pelajar tingkatan dua daripada sebuah sekolah menengah di dalam daerah Kinta yang dipilih berdasarkan skor min soalselidik yang menggunakan Self Esteem Inventory (SEI) dan Ujian Motivasi Pencapaian. Mereka kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan kaedah sampel rawak berpasangan, iaitu kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Subjek kumpulan rawatan diberikan sepuluh sesi bimbingan kelompok. Bimbingan kelompok ini menggunakan Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur (KKB) yang berlandaskan Teori Rasional Emotif Perlakuan. Kumpulan rawatan telah menerima rawatan menggunakan KKB sementara kumpulan kawalan mengikuti kehidupan seperti biasa. Data kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik SEI dan Ujian Motivasi Pencapaian. Data kajian dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, ANCOVA dan ujian Post Hoc dengan aras signifikan ditetapkan pada aras .05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian antara ujian pra dan ujian pos terhadap kelompok rawatan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pos antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pendekatan kaunseling kelompok menggunakan modul KKB berkesan dalam meningkatkan tahap penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian pelajar.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.