UPSI Digital Repository (UDRep)

Personaliti dan cara gaya belajar pelajar tingkatan empat aliran sains dan sastera di sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 1882 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Personaliti dan cara gaya belajar pelajar tingkatan empat aliran sains dan sastera di sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Zainal Abidin Hadzir
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini mengkaji personaliti dan cara gaya belajar pelajar tingkatan empat aliran sains dan sastera di sekolah menengah. Kajian ini melibatkan seramai 247 orang pelajar dari aliran sains dan 355 orang pelajar dari aliran sastera dari lima buah sekolah yang berbeza di sekitar daerah Larut Matang dan Selama. Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferensi. Bagi mengukur personaliti pelajar, ujian EPQ dengan 21 item skala ekstrovert-introvert digunakan. Instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn digunakan. Lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang digunakan adalah kategori persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal. Dapatan kajian mendapati, sebahagian besar pelajar daripada aliran sains (76.11%) adalah berpersonaliti extrovert. Bagi aliran sastera, bilangan pelajar yang menunjukkan personaliti extrovert dan introvert tidak menunjukkan perbezaan yang besar, 46.48 peratus berpersonaliti extrovert dan 53.52 peratus berpersonaliti introvert. Bagi gaya pembelajaran pelajar, statistik deskriptif menunjukkan, gaya pembelajaran aspek emosional adalah merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan bagi kedua-dua aliran sains dan sastera. Ujian-t menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan bagi personaliti ekstrovert-introvert dengan gaya pembelajaran bagi aspek emosional (p=0.030;p=0.020), sosiologikal (p=0.045;p=0.022), fizikal (p=0.000;p=0.001) dan psikologikal (p=0.037;p=0.006) bagi kedua-dua aliran sains dan sastera. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.