UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Priyalatha Govindasamy
Title :Detecting socially desirable responses in personality inventory (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2011
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk mengesan respon idaman sosial daripada respon-respon yang berbeza. Selain itu, kajian ini juga memeriksa item dan dimensi-dimensi personaliti yang mudah terjejas kepada kebolehinginan sosial. Dalam kajian eksperimental ini, 521 pelajar sekolah diuji dengan borang soal-selidik International Personality Item Pool (IPIP) sebanyak dua kali di bawah arahan menjawab secara jujur dan dengan kebolehinginan sosial. Respon-respon dari pentadbiran pertama diklasifikasikan sebagai kumpulan jujur dan respon-respon dari pentadbiran kedua dikategorikan sebagai kumpulan kebolehinginan sosial. Kepincangan skor respon dari min dan analisis keserasian digunakan untuk mengesan respon idaman sosial. Keberbezaan fungsi ujian diaplikasikan dalam mengenal pasti item-item yang cenderung untuk kebolehinginan sosial. Analisa diteruskan dengan keberbezaan fungsi ujian untuk memeriksa kesan keberbezaan fungsi item pada keseluruhan ujian dan pada dimensi-dimensi personaliti yang ditaksir. Keberbezaan fungsi langkah diaplikasikan untuk mengenal pasti kategori respon yang menyumbang kepada keberbezaan fungsi item. Kajian ini juga menjalankan analisa faktor dan lengkuk fungsi informasi ujian untuk memeriksa dimensi-dimensi personaliti yang rentan untuk kebolehinginan sosial. Kumpulan kebolehinginan sosial melaporkan taburan skor yang tinggi pada dua sisihan piawai di atas min. Bersamaan dengan itu, kumpulan kebolehinginan sosial menggambarkan peratusan respon yang tidak padan dengan modal Rasch pada nilai 2.0 logits lebih tinggi berbanding kumpulan jujur. Perbandingan struktur-struktur faktor melaporkan perbezaan di antara kumpulan jujur dan kebolehinginan so sial. Lengkuk fungsi informasi ujian bagi dimensi keterbukaan menggambarkan perbezaan maklumat di antara kumpulan jujur dan kebolehinginan sosial. Enam item dikesan untuk keberbezaan fungsi item dan tiga daripada item tersebut mewakili dimensi keterbukaan. Kehadiran keberbezaan fungsi item meyebabkan perubahan dalam ujian personaliti dan dalam dimensi keterbukaan. Analisis keberbezaan fungsi langkah melaporkan kategori-kategori respon berfungsi secara berbeza mengikut item. Kajian menyimpulkan bahawa, sisihan skor yang besar dan respon yang tidak padan dalam inventori personaliti sebagai petunjuk kepada respon kebolehinginan sosial. Sementara itu, parameter kesukaran item yang rendah dan pemilihan kategori respon menggambarkan tanda-tanda kebolehinginan sosial. Lantarannya, proses penyaringan individu yang berpotensi menjawab dengan kebolehinginan so sial serta penyingkiran item-item yang cenderung ke arah kebolehinginan sosial mampu mengatasi masalah kebolehinginan sosial dalam ujian yang berkepentingan tinggi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)