UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemerolehan leksikal bahasa Jepun melalui penceritaan digital

AVAILABLE Thesis 3894 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pemerolehan leksikal bahasa Jepun melalui penceritaan digital
Type
Thesis
Main Author
Norhana Md. Salleh
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kes yang mengkaji proses pemerolehan leksikal bahasa Jepun melalui Penceritaan Digital (Digital Storytelling). Penceritaan Digital merupakan kaedah mencipta dan menyampaikan cerita dengan menggunakan peralatan teknologi. Matlamat kajian ialah untuk mengenalpasti kategori golongan kata (leksikal) yang terhasil dan menganalisis proses pemerolehan leksikal ketika pembikinan Penceritaan Digital. Seramai 9 orang pelajar dari sebuah universiti tempatan di Malaysia yang mempelajari bahasa Jepun sebagai subjek elektif dipilih menjadi sampel kajian. Kajian ini berdasarkan pendekatan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) dan pendekatan 'Social Constructivist' serta mengambil kira konsep kata (leksikal) bahasa Jepun oleh Tomita, (1996); Thaiyibah Sulaiman & Kami, (1997); Iori et al, (2000) dan juga proses pembikinan Penceritaan Digital Teehan (2006). Data dikumpul melalui pemerhatian, rakaman audio dan data teks hasil kerja pelajar (pemetaan Konsep, Papan Cerita, Skrip Naratif, Penyuntingan). Hasil dapatan iaitu lapan kategori golongan kata dalam kelompok kata bebas jiritsugo, hanya terdapat tujuh kategori golongan kata (Ieksikal) yang telah digunakan oleh subjek. Kategori golongan kata (Ieksikal) yang paling banyak digunakan ialah kata nama, kata seruan merupakan kategori golongan kata (Ieksikal) tidak terhasil langsung. Selain itu, penemuan baru dalam sistem pembelajaran dan pengajaran melalui Penceritaan Digital membolehkan pendekatan TPCK dapat dijalankan bagi mengatasi masalah penguasaan bahasa Jepun terutamanya leksikal. Kala Kunci: Penceritaan Digital, Pemerolehan leksikal bahasa Jepun, Social Construktivist, Kata nama, Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK).

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.