UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Mohmad Noor Mohmad Taib
Title :Kesan pengajaran terus nilai dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah bagi penerapan patriotisme (IR)
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2006
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan pengajaran terus nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah bagi tujuan penerapan patriotisme dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif (selain buku teks) dan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks. Reka bentuk kajian ini adalah eksperimen kuasi dengan menggunakan dua kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Sejumlah 355 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah dalam satu daerah di Johor telah dipilih sebagai sampel kajian. Kumpulan I (KE I) telah diberikan rawatan pengajaran sejarah dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif (selain buku teks), kumpulan II (KE II) diberikan rawatan pengajaran sejarah dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks, dan kumpulan III berfungsi sebagai kumpulan kawalan (KK). Data telah diperoleh dengan menggunakan Soal Selidik Patriotisme Terhadap Negara yang dibina oleh penyelidik untuk mengukur tiga aspek patriotisme-bangga negara, setia negara, dan hormat simbol negara. Indeks kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.95. Data dianalisis dengan menggunakan pengiraan ANOVA tiga hala dan diikuti ujian perbandingan pos hoc berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian patriotisme berasaskan kumpulan rawatan dan kumpulan jantina. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian patriotisme berasaskan kumpulan etnik. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi dua hala dalam pencapaian patriotisme berasaskan kumpulan rawatan dan etnik, dan interaksi tiga hala berasaskan kumpulan rawatan, etnik dan jantina. Walau bagaimana pun terdapat kesan interaksi yang signifikan dalam pencapaian patriotisme berasaskan kumpulan rawatan dan jantina, dan berasaskan etnik dan jantina. Pengkaji mencadangkan agar mengadakan perbincangan nilai patriotisme secara terus sebagai satu nilai moral, dan menggunakan sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif bagi tujuan penerapan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)