UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :L Education (General)
Main Author :Anuar Puteh Harun
Title :Keperluan latihan di kalangan guru-guru sejarah di sekolah menengah daerah Perak Tengah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2005
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan latihan di kalangan guru-guru di Perak Tengah yang mencakupi empat aspek keperluan latihan iaitu pengetahuan, strategi dan kaedah pengajaran, kemahiran berasaskan sekolah dan kemahiran pengurusan dan organisasi, guru-guru sekolah menengah. Kajian dijalankan dengan menggunakan Kaedah Tinjauan. Kajian ini merupakan kajian populasi yang mengambil kira keseluruhan guru-guru Sejarah di Perak Tengah iaitu 65 orang guru di 14 buah sekolah. Untuk mendapatkan data, set soal selidik The Leader Behavior Descriptrion Questionnaire (LBDQ) digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan dua kaedah. l) Analisis deskriptif 2) Analisis Inferential. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan maklumat yang berkait dengan biodata melalui pendekatan peratusan. Manakala Min dan Sisihan Piawai digunakan untuk meneliti skor setiap item dalam soal selidik. Statistik Inferential digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti Ujian T dan ANOVA yang diaplikasikan untuk pengujian perbezaan, untuk melihat perbezaan di antara keperluan latihan dengan status jantina, taraf perkahwinan, umur, pengalaman, kelulusan akademik dan berdasarkan empat kategori keperluan latihan iaitu pengetahuan, strategi dan kaedah pengajaran, kemahiran berasaskan sekolah dan kemahiran pengurusan dan organisasi, guru-guru sekolah menengah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa (a) Kemahiran pengurusan dan organisasi menunjukkan keperluan latihan yang paling diutamakan dan ini diikuti oleh kemahiran berasaskan sekolah, strategi dan kaedah pengajaran dan pengetahuan (b) Faktor demografi seperti status jantina, umur, tempoh perkhidmatan, taraf perkahwinan, dan kelulusan akademik tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan keperluan latihan. Sehubungan itu beberapa cadangan dikemukakan terhadap badan-badan yang terlibat dengan latihan dan kemahiran guru-guru seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan Institut Aminudin Baki dan Maktab Perguruan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)