UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Disertasi ini membincangkan hubungan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan dengan negara-negara Asia Tenggara yang terpilih iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura. Bentuk hubungan yang dikaji meliputi secara langsung dan tidak langsung (melalui perantaraan pihak ketiga atau pertubuhan tertentu). Analisis hubungan ini mengambilkira perkembangan antarabangsa yang mempengaruhi dasar luar kedua-dua Vietnam dengan Asia Tenggara iaitu Perang Dingin, persaingan golongan Komunis dengan Bukan Komunis di kedua-dua Vietnam dan perkembangan dasar kuasa-kuasa besar di kedua-dua Vietnam dengan Asia Tenggara. Reaksi kepada perkembangan ini mencorakkan pola hubungan antara kedua-dua Vietnam dengan negara-negara Asia Tenggara yang dikaji. Secara keseluruhannya penyelidikan ini merumuskan dinamika hubungan yang wujud, dipengaruhi oleh reaksi kedua-dua pihak (Vietnam Utara dan Vietnam Selatan dengan Negara-negara Asia Tenggara) terhadap perkembangan dalaman Vietnam dengan rantau Asia Tenggara. Perkembangan ini berperanan terhadap kewujudan periodisasi dalam perkembangan sejarah Vietnam antara tahun 1954 hingga 1975. Period-period tersebut ialah era pemantapan dasar luar negara Vietnam Utara dengan Vietnam Selatan (1954-1963), era pengamerikaan perang (1964-1967), era memvietnamkan perang (1968-1973) dan era neutralisasi negara-negara Asia Tenggara (1974-1975). Perkembangan ini disambut oleh dasar diplomasi negara-negara kecil yang pragmatik sehingga membentuk pola-pola dalam hubungan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan dengan Negara-negara Asia Tenggara. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |