UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Zulkarnain Mohamed
Title :Batasan berkarya menurut akidah islamiah kajian Awlād Hāratinā oleh Najīb Maḥfūẓ, Dīwān oleh Cabd Al-Wahhāb Al-Bayātī dan “Langit Makin Mendung” oleh Kipandjikusmin (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2011
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini menyentuh batasan akidah Islamiah yang diaplikasi dalam tulisan sastera dan kewajipan sasterawan dalam mematuhinya. Objektif kajian ini ialah mendedahkan amalan yang bercanggah dengan akidah Islamiah dalam memanfaatkan elemen akidah Islamiah dan elemen kepercayaan selain Islam, yang bercanggah dengan akidah Islamiah, dalam karya sastera. Kedua ialah menilai implikasi akidah Islamiah, kesan daripada penyalahgunaan penamaan dan kerangka Islami dalam tulisan sastera yang bersifat agresif dalam menghina agama Islam. Ketiga ialah menilai implikasi akidah Islamiah, kesan daripada penggunaan penamaan dan kerangka bukan Islami dalam tulisan sastera yang bersifat kontrastif dalam menghina Islam. Keempat ialah menilai secara khusus implikasi akidah Islamiah kesan daripada pengaruh kerangka tashkik (menimbulkan keraguan) orientalisme, yang bercanggah dengan akidah Islamiah. Kelima ialah menolak manfestasi karya dalam bentuk watak dan perwatakan, dan dalam bentuk kerangka pengkaryaan yang bercanggah dengan akidah Islamiah.Metode kajian ini ialah kajian literatur dengan menggunakan pendekatan tac?multaklif.Pendekatan tac?mul diaplikasi dalam kajian ini untuk mengukur sejauh mana sasterawan yang dijadikan sampel kajian mematuhi tuntutan akidah Islamiah dalam memanfaatkan sumber Islami dan bukan Islami dalam karya. Pendekatan taklif pula,secara khusus, bertujuan untuk menilai rasa bertanggung jawab, atau dalam kajian ini dinamakan “taklif sosial” dalam memanifestasikan pemanfaatan tersebut secara langsung dalam karya kreatif, sama ada puisi atau prosa. Antara hasil kajian yang penting ialah karya yang dikaji sebagai kes kajian terdedah kepada penyelewengan tasawur Islami, menyalahgunakan penamaan dan kerangka Islami, dan mengadaptasi penamaan dan kerangka bukan Islami secara kontrastif, kontras atau berlawanan dengan akidah Islamiah. Secara khusus berkenaan dengan kerangka tashk?k orientalisme, ia didapati mempengaruhi ketiga-tiga kajian kes, iaitu karya Najib Mahfuz dan Kipandjikusmin.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)